KALAU SUKA FOLLOW, KALAU TAK SUKA?ADER AKU KESAH!haha =)

Thursday, February 28, 2013

Jangan menangis

Janganlah menangis. 
Aku kan dah janji pada diri tak akan menangis lagi.
Apapun jawapan dari dia aku akan terima dengan lapang dada.

 Tapi ni heyy,janganlah menangis.
 Cukuplah sekali itu kau menangis teruk.Cukup sekali.
 Jangan menangis lagi kali ini. 
 Buat apa menangis untuk orang yang tak hargai kasih sayang kau.
Tak berbaloi. Langsung tidak.

Sabarlah.
 Redhalah dengan apa yang Allah rancangkan.
 Pujuk diri kau.
 Tak guna kau menangis begini.
 Kenapa menangis lagi. Kenapa?

 Cubalah terima.
Bertenang.
Tilik diri kau dan juga dia. 
Akan bahagiakah kau bersama dia? 
 Kalau Tuhan tidak tetapkan begitu mengapa mahu dipaksa hati kau menurut rancangan yang kau atur sendiri.

 Sedarlah. 
Ianya takkan terjadi sama sekali. 

Susahnya menerima kenyataan.
Susahnya memegang hakikat. 
Realitinya hidup ini tak semua yang indah itu milik kita. 
Bahagia itu hanya bahagian kecil dalam hidup. 
Selebihnya, kau akan di ajar dengan rasa sakit dan penuh harap. 

 Bukanlah itu tandanya kita perlukan Tuhan tempat kita bergantung?


 P/s:Ya Allah. Susahnya miliki perasaan ini.

Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...