Sebentar tadi aku blogwalking.seperti biasa.aku hanya baca entry yang di update oleh blogger-blogger lain jer.aku da malas nak update aku punya.ntah.tak ada perasaan.mungkin waktu sekarang aku lebih suka memendam dan membiarkan setiap kenangan berlalu begitu sahaja.
Dan aku terpegun dengan satu rangkap ayat yang tersentuh sanubariku. Ia membawa sejuta pengertian.
“Tak salah andainya sesekali kita melihat ke belakang dan terkenang, dan rindu, dan mungkin juga berasa sakit, tapi, ia tetap di situ kan? Kita rindu juga tak akan merubah apa-apa, apatah lagi jika berasa sakit.”
Ia mengingatkan kepada sebuah kenangan yang berharga.yang tak mungkin kita dapat lupa sampai bila-bila. mungkin ia sesuatu yang amat indah dan juga amat perih. Ia tetap berada di situ walau apa pun cara kita buat untuk melupakan.namun, ia terus berada di situ.untuk dikenang.untuk diingati.
Masa tak boleh di undur, kawan.
Cuba mengerti.dan fahami.hidup penuh warna warni.aku pernah mewarnakan pelangi kau, tapi hari ini pelangi itu sudah tiada lagi.mungkin kau akan dapat pelangi yang lebih indah pada hari-hari lain. Lebih indah dari yang aku pernah warnakan.
"Berikanlah aku sesuatu yang meyakinkan.
Sesuatu yang takkan hilang.
Yang terbaik untuk diriku.
Untuk hidupku."
jadikan setiap kenangan adalah kenangan yg t'indah...
ReplyDelete