KALAU SUKA FOLLOW, KALAU TAK SUKA?ADER AKU KESAH!haha =)

Saturday, July 3, 2010

.:kambin pun ada perasaan:.

Panjat tinggi-tinggi.rasa nyaman dan tenang.pandang bawah sipi-sipi.jeling pakai ekor mata.

Rasa bahagia.secara jujur sangat bahagia.sampai lupa berada kat atas.tak mahu ingat yang berada dibawah.kalau ingat pun pedulikan.buat-buat lupa.

Tak takot gayat langsung.konon berada tahap keberanian melampau.sanggup berani mati dan tepis-tepis orang tepi.

Bila alarm dah bunyi mula kalut-kalut sedar diri.tapi tak mahu sedar lagi.buat-buat jadi patung takde emosi.biar lekat sampai mati.

Jangan lupa.yang atas ke bawah juga.masa tu mula buat muka kelat.pakukan kaki tak mahu gerak.boley tak kalau tak nak turun lagi?

Tapi masanya akan tiba juga nanti.Bagi sedikit masa lagi nak hirup udara nyaman..Angin,janganlah bertiup terlalu kencang..Takot tak terdaya nak menahan.Jatuh tergolek tak da sape nak pimpinkan tangan.Bangun sendiri perlahan-lahan.

Pejamkan mata.tak nak ingat apa-apa.Hentikan masa seketika.Bagilah peluang untuk merasa bahagia.Untuk kali nie aje.

2 comments:

  1. Wan nk ila yakin bahagia ni akn kekal, selama lamanya. Insya Allah kita usaha, doa & tawakal sama2. Fokus kn minda ila pada perkara2 baik di sekeliling ila k :)

    -Safwan-

    ReplyDelete
  2. Persoalannya mengapakah semasa ‘fall in love’ dulu segalanya baik. Nampak indah. Mesra dan sentiasa bahagia. Selalu bersama bergurau senda berbual mesra. Tetapi apabila saja hubungan putus, segala yang indah menjadi sebaliknya. Tiada lagi gurau senda. Tiada lagi perasaan hormat-menghormati. Sebaliknya masing-masing mula mengungkit kata dan kisah lalu. Saling menunjukkan keegoan dan cuba menegakkan kebenaran pada pandangan mata sendiri. Malah ada yang nekad untuk ‘mengajar’ bekas teman lelaki dengan tindakan yang boleh membahayakan, mencederakan dan memalukan.

    Sungguh menyedihkan rasanya jika inilah yang berlaku. Aku tertanya-tanya, ke mana perginya perasaan sayang akan sebuah perhubungan yang pernah terjalin? Mana hilangnya rasa suka dan senyum manis, gelak tawa dan ‘take care’ yang ada pada diri semasa rindu-rinduan dahulu? Mana pergi semua itu? Adakah bila rindu terhenti maka segala hati budi hilang dan perlu dilupai begitu saja?

    Aku terfikir, alangkah baiknya hubungan cinta yang terputus diterima dengan hati yang terbuka. Redha akannya. Terputusnya cinta tak beerti terputus segalanya. Apa salahnya jalinan itu diteruskan dengan sebuah ikatan persahabatan yang ikhlas. Masih lagi berhubung dengan cara yang profesional. Matang dalam menangani keadaan. Memang adakalanya perasaan kecewa dan terluka bisa menimbulkan rasa tidak puas hati dan kecewa yang teramat. Namun hati dan diri perlu dilembutkan untuk menerima kenyataan, kerana segalanya sudah ketentuan dariNya.

    ‘tertutupnya tirai sufi’

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...