Pernah suatu ketika, aku terduduk…menangisi nasib diri..menjadi hamba kepada hati yang telah mati…tiada kekuatan utkku teguh berdiri..terasa diri terlalu lemah..lupa ttg kebesaran Tuhan..kita hidup atas tujuan apa…sehingga mahu memutusi untuk berpisah dengan dunia…telah aku lupa bahawa dunia ini adalah pinjaman Cuma..kita hanya diberi peluang menikmati hidup d bumi utk beramal…krn kita kan kembali jua ke sana…Tetapi aku lupa,aku alpa dengan keindahan dunia..sehingga membawaku hilang pertimbangan dan hidup dalam khayalan semata..aku bodoh kerana hidup semata kerana cinta..
Tapi kini aku sedar..kehilangan itu mengajar aku utk lebih tabah..belajar menempuh hidup yang penuh dengan ranjau…aku semakin kuat..walaupun pernah suatu dahulu hatiku patah..seperti sayap-sayap Gibran yang patah..cintaku kandas ditimpa takdir..dan layu tak berbalas..itu cerita cinta yang d gali dalam kolam air mata..
"Apabila ada cinta dihati yang satu, pastilah ada cinta di hati yang lain,” kata Rumi, “Sebab tangan yang satu tak kan bisa bertepuk tanpa tangan yang lain”. Mungkin Rumi bercerita tentang apa yang seharusnya.
Para pecinta sejati selamanya hanya bertanya:
“Apakah yang akan kuberikan?” Tentang kepada “siapa” sesuatu itu diberikan, ..Jadi tidak hanya patah atau hancur karana lemah…. Aku lemah kerana posisi jiwaku salah.
Seperti ini: kita mencintai seseorang, lalu kita menggantungkan harapan kebahagiaan hidup dengan hidup bersamanya! Maka ketika dia menolak untuk hidup bersama, itu lantas menjadi sumber kesengsaraan. Kita menderita bukan kerana kita mencintai. Tapi kerana kita menggantungkan sumber kebahagiaan kita pada kenyataan bahawa orang lain mencintai kita..
************************
No comments:
Post a Comment