Assalamualaikum.
Buka je blog nampak ada satu komen dari seseorang atau lebih
tepatnya komen dari sahabat lama. Membaca setiap patah ayat darinya membawa aku
kepada kisah silam yang pernah terjadi antara aku dan dia. Nada kesalan
darinya, kata maaf tidak pernah lekang dari ucapannya membuat aku rasa sedikit
tersentuh. Kesilapan, kesalahan dan ketelanjuran kata memang sentiasa terjadi
dalam hidup kita. Dan aku telah memaafkan kesemua kesalahannya yang juga
merupakan kesalahan dari aku. Dan maaf, komen tersebut tidak dapat dipublish untuk menjaga hati insan-insan sekeliling aku.
Tapi, begitulah. Setiap dari kita melakukan kesalahan dan
dari situ kita belajar untuk membaiki kelemahan diri agar tidak tersilap lagi.
Anggaplah itu adalah satu pengalaman dan perjalanan hidup yang harus kita
tempuh. Pengalaman yang mewarnakan hidup kita dengan pelbagai warna. Indah
bukan? Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal
kemanisan kan?
Yang nyata waktu tidak dapat diputar kembali. Kita teruskan
hidup dengan jalan hidup masing-masing.
Tinggallah masa lalu dan lihatlah ke depan. Banyak hati yang akan
terguris jika menoleh kebelakang kembali. Sudah pasti bukan itu yang kita
mahukan. Jadi melangkahlah dengan tenang kerana masa depan yang cerah selalunya
bergantung kepada masa lalu yang dilupakan.
Pandanglah segala sesuatu dari kacamata orang lain. Apabila
hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain
pula. Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu
untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu
untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu
adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu
adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu
adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik
yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup
terasa bererti.
Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan.
P/S: Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum kita miliki sampai kita mendapatkannya. Dua tahun yang ditinggalkan terasa begitu lama. :)
No comments:
Post a Comment