Memang, aku setuju dengan kata-kata di entri beliau yang berbunyi.
“Sebenarnya kita sentiasa ada pilihan yang lain cuma mungkin ketika itu kita terpaksa membuat pilihan yang bukan kita mahu kan. Tapi bukanlah bermakna dengan memilih apa yang kita tidak mahu kan itu buatkan kehidupan kita kurang manisnya.”
Memang, kita sentiasa ada banyak pilihan. Kalau tidak banyak sekalipun sekurang-kurangnya ada dua yang mana kita boleh menimbang baik buruknya antara dua tersebut. Jadi, bila berbicara pasal jodoh itu maka harusnya ada pilihan, bukan?
Kalau soal jodoh, mungkin aku agak choosy sedikit.Maklumlah, siapa yang tidak mahukan yang terbaik untuk hidup masing-masingkan. Malah, pasangan kita jugalah yang akan mencorakkan kehidupan kita pada masa hadapan. Dia juga lah yang akan mendorong kita samada ke syurga mahupun neraka kelak. Bukan untuk kebahagiaan dan keseronokan atas dunia semata, malah akhirat pun sama. Jadi, harus memilih yang terbaik.
Selepas break-off dengan bekas kekasih dahulu, aku mengambil masa yang lama untuk recover hati aku semula. Dan pada masa itu, ramai kawan-kawan yang mengejek aku katanya aku tak laku sebab masih belum ada pengganti. Maklumlah, mereke semua jenis yang 'hot stuff'. Hari ini putus esok dah dapat pengganti baru. Tapi aku bukan jenis mencari pengganti. Aku mencari yang boleh di buat suami.
Sebab itu aku lagi prefer berkawan dahulu untuk mewujudkan keserasian, dan kalu aku tak rasa seseorang itu bagus untuk kehidupan masa hadapan aku, aku akan move slow-slow dari hidup mereka. Mungkin mereka akan kata aku permainkan hati mereka.Oh, tidak. Aku hanya mencari yang terbaik untuk membimbing keluarga aku pada masa depan.
Oleh itu, seperti kata-kata rabbani ni.
“Cari-carilah pasangan hidup betul-betul oh kawan.
Bahagia berseri,rumah tangga akan harmoni.”
“Jangan mudah percaya harta,pangkat dan rupa.
Indahnya di mata, berawaslah!
Rasul sudah bersabda, insan punya agama, akhlaknya mulia. Fahamilah!
Asalkan punya IMAN, itulah paling PENTING.
P/S: Terbaik itu kadang-kadang bukanlah dengan mendapat apa yang kita mahu kan, tapi cuba untuk menerima apa yang sudah ditakdirkan.
No comments:
Post a Comment