KALAU SUKA FOLLOW, KALAU TAK SUKA?ADER AKU KESAH!haha =)

Wednesday, October 23, 2013

Persiapan Bertunang#4: Sebelum Majlis

Assalamualaikum.

Sebenarnya tengah berfikir nak review ke tidak majlis pertunangan hari tu.
Fikir-fikir sebagai kenangan dan supaya bila aku tua esok-esok boleh baca balik entry ni pastu mengimbau kembali detik-detik bahagia ini pastu tunjuk kat anak cucu, ni la tok ma masa bertunang dulu.
Kelasss kau jahhhh. 
Kahkahkah

Jadi aku buat keputusan untuk tulis perjalanan majlis ini.
Haha. Tak suka jangan baca. Kalau suka baca lelaju okeh.

Tapi aku pelik jugaklah, ada jugak jenis manusia yang tak suka bila kita tulis pasal kehidupan kita kat blog
Alasannya, tak baik bagitahu dunia hal-hal peribadi kita.
Kahkah.

Suka hatilah. Tapi aku suka je nak bercerita apa aku buat, aku keluar dengan siapa, berkawan dengan siapa, masalah-masalah aku, kegembiraan aku, kesedihan aku, peristiwa-peristiwa indah dalam hidup aku, semua tu akan aku kutip dan jadikan sebagai suatu kenangan dalam perjalanan hidup aku.

Yang penting setiap yang berlaku tu aku tulis, supaya aku tak lupa.
Hanya itu niat aku.

Kalau aku mati esok-esok, masih lagi orang boleh baca.
Tapi inshaallah aku takkan tulis apa-apa yang mengaibkan orang lain.
Aku tahu dosa dan pahala.
Dan aku akan pegang kata-kata aku ini.

Dah ke laut dah intronya pun. =.=
Tadi nak cakap pasal majlis
Ekekeke.

Jadi, pada 19.10.2013 (Sabtu) aku telah rasminya menjadi tunangan kepada errr...(dirahsiakan) :p
Alhamdulillah perjalanan majlis lancar walaupun sebenarnya sehari dan malam sebelum majlis Allah dah uji tahap kesabaran aku.
Sehari sebelum majlis aku menangis sungguh. 
Sepanjang perjalanan balik dari Tanah Merah ke Kota Bharu aku menangis dalam kereta.
Berhenti solat Asar di masjid, dalam doa aku menangis lagi.
Dah tak boleh nak tahan.
Sebak!

Sebabnya adalah masalah keluarga.
Aku dah takde ayah.
Jadi aku letakkan harapan pada abang-abang untuk ambil tanggungjawab sebagai seorang ayah.
Tapi, mungkin masing-masing ada alasan sendiri.
Ada komitmen sendiri
dan mungkin terlupa tentang tanggungjawab itu.
Mungkin.

Aku pun taknak fikir, nanti aku menangis lagi.
Huuu, cuma masa tu aku rasa macam nak lari dari rumah.
Tak payah tunang, esok-esok kahwin terus.

Memang susah tak ada Ayah.
Aku rindukan dia.
:(

Malam tu, macam-macam jadi kat rumah.
Aku tidur pukul 3 pagi, pukul 5.30 pagi aku dah bangun.
Bukan sebab tak boleh tidur tapi sebab timun tak potong lagi, kelapa tak goreng lagi, gulai tak masak lagi, pinggan mangkuk tak susun lagi.
Banyakkk sangat benda tak settle sedangkan rombongan nak datang dalam pukul 11 pagi.

Kami masak untuk 100 orang.
Banyak tak? 
Memang banyak sebab keluarga aku besar.
Tu pun tak jemput orang lain.

Semuanya adalah ahli keluarga dan waris terdekat sahaja.
Tidak masuk orang luar.
Kalau ada pun aku hanya jemput 7 orang sahabat office.

Sahabat pergi makan tengahari hari-hari.hehe.
Mulanya fikir tak nak jemput tapi rasa tak sampai hati sebab aku rapat dengan mereka dan mereka jugalah yang banyak beri cadangan itu ini.
*jangan salah faham, bukan taknak jemput tapi seboleh-bolehnya aku nak rahsiakan pertunangan ini. Tapi mereka dah dapat tahu dah. Haha.

Tak kena pulak kalau tak jemput.
Sedangkan aku minta tolong macam-macam dari mereka.
Dan rombongan lelaki datang dalam 6 buah kereta iaitu seramai 30 orang.
(Kalau saya tak silap).

Jadi yang tak dijemput atau terasa hati sebab tak bagitahu jangan salah faham.
Bukan aku tak sayang. Eh? Tetiba. Hahaha

Bukan aku taknak bagitahu cuma kan lebih elok kalau

"Pertunangan Dirahsiakan Pernikahkan Dihebahkan"

Itu yang seharusnya bukan?

Tapi tulis kat blog jugak. Agagaga

Tulis kat blog tapi tak maklum atau upload gambar pun kat fb.
Hanya beberapa orang officemate sahaja yang tahu.
Kat instagram ada la letak gambar 3 keping. Tapi tak ramai follower pun.hihi jadi tak risau sangat :)

Tahu tak?

Lauk ngam-ngam saja.
Rasa macam banyak je masak untuk 100 orang.
Tapi licin juga.
+_+

Pagi sebelum majlis, lebih kurang pukul 9 pagi Allah uji lagi kesabaran aku.
Tapi aku sempat je menangis pagi tu. Haha.

Kisahnya adalah berkenaan dulang sireh dan cincin aku.
Memang aku yang hias dulang hantaran bertunang tu macam aku cerita di entry ni.
Tapi untuk sireh tu aku suruh jiran gubahkan sebab aku tak cukup masa dah sebab yang duk tong tang tong tang kat dapur adalah aku juga (juga bersama kakak-kakak aku. Terima kasih kakak :)).

Aku hantar 2 hari sebelum majlis pada dia.
Malam sebelum majlis tu pergi ambil dia kata belum siap,
 katanya dia dah buat petang tu tapi sireh layu kena buat lagi sekali.
Takpe lah, esok dia suruh aku pergi ambil.
Rombongan datang datang kul 11 dia suruh ambil pukul 9.

Pukul 9 tu abang aku pergi ambil.
Bila dia letak depan aku reaksi pertama aku adalah mengeluh panjang.
Bukan mengucap panjang ye.kahkah

Langsung tak macam yang aku imaginasikan.
Rasa macam nak pijak-pijak je sireh tu.
Aku yang melihatnya tak 'lalu' apatah lagi nak bagi kat orang.
Huhu.
Jiran aku baca ni habis lah aku.
Hahahahahaha.

Dengan linangan air mata aku rombak semula.
Aku buat balik.
Bagi ada 'seri' sikit gubahan sireh tu.

Akhirnya settle biarpun alas bekas cincin hanyalah kotak pengcukil gigi.
Siap berbalut cuma tak sempat tampal guna gam.

Abang aku cakap 

'Kita guna salotip saja'

Hahahahaha.

Settle gubah sireh aku pun ambillah gubahan-gubahan yang lain letak dalam dulang.
Nak susun cantik-cantik

Tiba-tiba satu daripada gubahan aku tu rosak.
Aku tak tahu makhluk mana yang pergi tindih gubahan tu dengan kotak sampai jadi flat.
Baju kemeja yang aku gubah bagi stand dah jadi flat.
Kertas yang buat jadi stand dah 'patah' dan rosak.
Tak lih berdiri lagi.
Menangis lagi.
Haruuuu.

Nasib baik abang aku yang gagah perkasa itu tolong.
Tolong fikir macam mana cara nak bagi stand balik.
Dia la pergi cari perkakas-perkakas semua.
Haha.

Tahap ke-stress-an masa tu aku rasa dah 9/10 dah.
Sikit lagi nak jadi gila

Tekanan perasaan!
Hahahaha.

Bila ingat balik betapa kelam kabutnya berperang dengan masa.
Dengan tak mandi lagi.
Aku hanya ada lebih kurang sejam setengah masa tu.
Untuk settlekan semua benda sebelum rombongan lelaki datang.

Alhamdulillah semua siap sambil lap-lap air mata. =.=
Kahkahkah.

Rombongan lelaki tiba pada pukul 11.30 pagi dan masa tu aku dah bersiap cantik-cantik.
Make up cantik-cantik.
Pakai baju cantik-cantik.
Emosi pun cantiiikkkkk jer. :)

To be honest itulah kali pertama aku betul-betul bermake up.
Biasanya hanya make up tipu-tipu aje.
Kihkihkih.

Terasa lain pula.
Dalam dada ni dup dap dup dap.
Hihihihi.

Oh, indahnya perasaan.

Hahahaha.

Rasa nak muntah pulak kite bace. :p

Pui sangatlah.

(=_=)!








P/S: Jagalah hubungan ini Ya Allah. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...