KALAU SUKA FOLLOW, KALAU TAK SUKA?ADER AKU KESAH!haha =)

Wednesday, October 16, 2013

Persiapan Bertunang#2: Projek DIY Tudung dan Kos

Assalamualaikum.


Alhamdulillah tudung dah siap jahit manik :)
Sehari semalam je buat.
Tu pun gigih jahit manik sampai tak makan tak minum.
Budak-budak datang pun suruh main jauh-jauh.
Jangan kacau, jangan kacau. Cikla busy. Amboihh!
Eheheh.


Bahan-Bahan
(Macam nak masak lak main bahan-bahan. Kihkih)

1)Kain chiffon 1 3/4 meter potong 2 jahit tepi.
2)Lace- 1/2 meter
3)Manik
4)Jarum &Benang




1)Kain Chiffon
Untuk tudung/ shawl aku beli kain chiffon
Tak tau la pulak jenis chiffon apa, pegang-pegang jamah-jamah tengok material tak tebal sangat dan tak nipis sangat kira ok lah. Hehe.

Boleh saja beli shawl yang dah siap tu RM10 je.
Tapi, biasanya shawl yang dah siap singkat pada aku.
Tak cover dada sepenuhnya.
Dan pula kainnya amat jarang sekali.
Sangat tidak menepati ciri-ciri yang aku mahukan.

Untuk tudung/shawl aku beli 1 3/4 meter.
Kalau beli 1 1/2 meter pun dah cukup sebenarnya, tapi aku tak suka pakai tudung/shawl singkat-singkat.
1 1/2 meter ngam-ngam je lilit, kat dada tak fully covered.
*thanks ida untuk ukuran tersebut.Hehe.i know u read this. Ekekeke

Kalau nak labuh tutup dada SEPENUHNYA maka beli lah 1 3/4 meter 
tak pun 2 meter terus lagila boleh tutup bukan sampai dada je tapi pinggang terus.
Buat bungkus satu badan pon boley!
 Ekekeke

Oh ya, 1 3/4 meter boleh buat 2 shawl sebab bidangnya besar.
*kain kat kayu bidang kain besar.
Kira lipat dua bahagian lebar (bidang) kain tu (bukan panjang kain ye), pastu potonggg!!

Lepas tu, hantar tailor/kedai jahit tepi, 
taknak bagi bulu-bulu lepas di potong. Heheh

Kain chiffon tu aku beli kat Honyi.
Kamdar pun ada dan lagi murah sebenarnya tapi sebab Kamdar stok tak banyak cepat tol habis warna-warna faverett. Hihihi
Jadi aku pergi kat Honyi je ada banyak pilihan sebab kedai tu taklah tumpuan orang ramai sangat.


2)Lace



Aku beli lace kat Mega Lace.
Kalau nak banyak pilihan pergilah WS.
Serius rasanya WS lagi banyak pilihan. Berlambak-lambak.
Pilihla yang mana matching ngan warna shawl tu.
Beli 1/2 meter pun dah cukup kalau nak macam gambar bawah ni.


Bukan aku punya. Gambar dari buddybeadsoul


3)Manik

Tak tahulah banyak mana yang di perlukan. Terpulang pada korang nak sarat dengan manik ke tidak.
Aku beli 5 paket kecit-kecit warna putih, pink dan gold.

Beli yang brand Apple Beads tau, baru cantik. 
Berkilau-kilau gitu. 
Barulah nampak mahal dan ekslusif. Hehe

Dah siap jahit manik pada kain lace. :)


Cara-Cara Membuat.
(kekeke)

1)Lepas lipat dua kain tadi, potong lepas tu hantar kedai jahit tepi. Nak suruh kedai tolong potongkan pun boleh. Kang terketaq-ketaq tangan tu. 
Parkinson tetiba sebab nak potong kain panjang-panjang. hihi :)

2) Jahit manik dulu atas lace baru boleh jahit lace tersebut pada kain/shawl.

Pengalaman gue, hihi jahit je manik tu dulu cantik-cantik kemas-kemas pada lace. Tak payah gatai tangan pergi potong bahagaian net-net kain lace. Jahit manik dulu ok. Kalau tak susah nanti bila dah potong kain lace(trim bagi cantik buang net) tu baru nak jahit manik. Kang tersesat-sesat lak benang celah-celah lace tu. Payah no nak jahit manik kalau potong kain lace siap-siap.

Jahit dulu manik pada lace okey. Kain net tu jangan trim dulu.

3)Bila manik dah mengancam habis atas kain lace tersebut, barulah trim buang net pada lace tersebut.

4) Dah siap trim lace, pakai shawl macam biasa.
Pastu amik lace tu letak atas kepala korang. 
Kira ukur la kat mana nak letak dan jahit lace tu karang. 
Tanda dengan peniti hokey!

Maaf, takde gambo sebab buat lepas bangun tidur muka comot-comot je. Huahauaha.



Lekat dengan peniti dulu baru jahit lace pada shawl.


5) Jahit la sekeling lace tersebut pada shawl korang. Siap. Hihi.


 Mari kira kos.

1)Kain chiffon 1 3/4 meter
1 meter = RM6.80
1 3/4 meter = RM11.90

2)Upah jahit tepi kain chiffon taknak bagi berbulu selepas dipotong.
RM 3/pcs

3) Kain Lace beading 1 meter = RM32.00
0.5 meter = RM16.00

4)Manik/beads

5 paket = RM9.80

5)Benang 1 roll RM0.80
1 roll= RM0.80

6)Jarum- amik kat rumah je

Total= RM11.90 + RM3+ RM16.00 + RM9.80 + RM0.80= RM41.50 sahaja.


Kalau beli kat kedai, harga jauh lagi mahal dari tu.
Kalau nak beli online pun boleh,
Trylah usha Buddy Bead Soul, tengoklah harganya berapa.
Berlalak mata ke tidak dengan harganya. Hahaha.

Untuk shawl macam tu harganya RM150 tahu.
Paling murah yang simple punya RM90.

Kalau buat sendiri yang cuma perlu korbankan sedikit masa dan perlukan kerajinan di tahap maksima anda boleh jimat sebanyak RM108.50 untuk benda yang sama!

Jadi, apa tunggu lagi. Ayuh rajinkan dirimu! Kekeke.
Tingkatkan usaha. 
Kualiti terjamin, Kepuasan berganda.

Marilah bercantik-cantik dihari bahagia anda.

Kahkahkah.

Selamat Mencuba wahai bride to be sekalian.

Jumpa lagi. xoxo.



update: contoh tudung aku.







P/S: Cantik atau tidak hasilnya itu tidak penting, yang berharga adalah moment ketika kita letakkan sepenuh usaha ke atasnya. Itu yang akan dikenang satu hari nanti. Percaya lah. :)

2 comments:

  1. Salam sy nk tny Jahit tepi tudung tu Kat mana.sy tgh cari2 tp xjmp. Minta tlg share kalu x keberatan.tq

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...