Assalamualaikum.
Masih tinggal seminggu untuk hari bertunang.
Baju dah dapat dari bridal semalam. Hehe.
Niat di hati nak pakai baju pergi kerja je untuk bertunang,
tapi nampak macam sengkek sangatlah pulak aku ni.
Hahaha.
Lagipun, baju dalam almari tu dah buruk-buruk belaka.
Bila eh kali terakhir buat baju baru??Haha.
Sadis betul aku ni kan.
Uhukk. :'(
Baju dah dapat tapi masih ada masalah lagi!
Actually aku sewa baju sepasang.
Untuk lelaki dan perempuan.
Lelaki pakai baju melayu je.
Ohoi, sampai kena baju melayu bagai ke untuk bertunang je pun lahaii -..-
Excuse me mak jemah semua, orang Kelantan memang bertunang lelaki pakai baju melayu pun.
Kebanyakkan la, malah hampir semuaaaaa begitu. Dah jadi trend dah. Eheh!
Yang pakai baju kemeja tu biasanya bukan orang Kelantan.
Gitu kekdahnya. :D
Masalahnya baju melayu tu tak muat pulak oleh si bakal tunang. Ehe.
Jadi terpaksa batalkan untuk baju lelaki.
Lelaki pulak pakai baju kerja untuk bertunang.
Kehkeh.
Apa sengkek sangat kamu ni.
Hahahaha.
Eh, taklah. Si bakal tunang pakai baju melayu raya aritu je.
Nasib baik warna seakan-akan sama.
kalau tak, hanginlah aku.
sebab si bakal tunang pun spesis macam aku jugak, tak suka beli baju.
Hahaha. Sengkek katakan :p
sesuai sangatlah!
Settle masalah baju lelaki, masalah kedua pula pasal tudung aku.
Aku sebenarnya masih keliru nak pakai tudung macam mana.
Baru nak cedok idea dengan pakcik google walaupun bertunangnya beberapa hari dari sekarang je lagi.
Alahai..lahaii.
Yang penting, aku taknak pakai tudung awning .
Aku memang tak suka pun tudung awning.
Nampak macam makcik-makcik
Hehehe.
Kat dalam kepala ni macam nak pakai shawl.
Tapi takkanla shawl kosong macam tu saja kan.
Haruslah berblink-blink sama!
Nak beli?
Nak DIY sendiri?
Kalau fikir pasal jimat, baik DIY je.
tapi masih sempatkah?
Hantaran bertunang pun gubahan masih pending ada hati nak DIY tudung lagi.
Tapi puas hati kalau DIY sendiri.
Aku mahukan shawl yang simple tapi cantik.
Tak berat, tapi nampak sweet.
Tak nak over sangat, tak nak simple sangat.
Contoh kat bawah ni. Suka sangat dengan gaya tudung yang simple macam ni.
Sesuai sangat untuk bertunang kan?
Aku suka sangat dengan tudung Ayu Raudah ni. Nak tempah atau beli online memang takkan sempat dah.
Jadi aku fikir nak DIY je tudung macam ni.
Simple,but nice.
Sebab aku suka lace.
Hehehe.
Inshaallah, bila dah berjaya projek DIY aku ni, akan di update disini.
Setakat ini dulu.
Esok, mahu pergi cari kain chiffon untuk tudung ni.
i love chiffon,i love lace. :)
Rsanya masih belum terlambat utk wish "selamat bergelar tunangan orang:)"
ReplyDeleteHehe.terima kasih :)
ReplyDeletesibuk eh dah jadi guru? blog pun dah jarang update. :(
Haha jarang on laptop so jarang update blog :p
ReplyDelete