Assalamualaikum.
Aktif berblog nampak?keke
Harini nak cerita kegigihan aku untuk menyediakan solid food yang pertama pada Mishary.
Sebab aku adalah ibu yang bekerja, jadi masa sangat2 limited untuk aku. Jadi, untuk mempercepatkan proses penyediaan tu aku beli beberapa perkakas yang aku rasa memang sangat penting dan berguna untuk ibu yang bekerja.
Perkakas pertama yang aku beli adalah :-
1) Baby food processor.
Aku beli brand Aumtumz. Sebab brand tu je yang aku rasa aku mampu.kahkah
Aumtumz Baby Food Processor-RM229 (harga asal).
Beli dengan seller kat facebook dapat diskaun jadi RM150 + postage RM10. :) Aku beli dengan Nur Maya. Cepat terjah okeh :p
Brand lain macam beaba babycook, philips pun ada tapi harga nya aku rasa tak berbaloi untuk sebuah food processor.ekekeke.Range harga dalam RM800++
Baby bullet pun harga dalam RM180++ tapi aku baca review pengguna ramai yang tak recommended sebab bilahnya cepat tumpul dan mudah rosak. Sebab tu aku beli autumz :)
Alah, pakai blender biasa je harga dalam RM50++ je untuk sebuah blender. Yerr akak2 memang boleh guna blender je, tapi kau kena guna pengukus sekali untuk kukus buah/sayur then transfer ke blender untuk blend.
Sebab aku manusia yang amat pentingkan masa walau 1 minit, tak kuasa aku nak hangkut pengukus utk mengukus beberapa ketul carrot dan epal. Hahaha. Buzy mom haruslah cari cara yang paling efektif okeh.
Aumtumz food processor ni dwi fungsi.untuk mengukus dan blend sekali.jimat masa mak tau. Taklah kena basuh 2 3 benda.guna ni jimat masa membuat jimat jugak masa membasuh,jimat air dan elektrik jugak.hihi.
Cara nak guna senang aje, potong kecil2 carrot masukkan dalam balang yang disediakan, masukkan air kat tempat yang disediakan hingga max, pusing knob 15 minit(untuk stim). Lepas 15 minit akan bunyi ting, trus pusing knob tu ke arah blend dan blend! Tak payah nak transfer masuk bekas2 lain dah.hihi. Cepat bukan.
Settle bab puree then nak buat nasi (bubur) pulak. Nak masak bubur aku guna:-
2) Electric Lunch Box
Aku beli ni takde brand pun. Harga RM59(termasuk pos) beli kat lazada.kuikui :p
Product dari China mungkin. Haha. Boleh aje kalau korang nak beli slow cooker atau baby rice cooker. Harga tak pasti, tapi aku rasa mencecah RM100++ gak kot.
Sebab no budget, jadi lunch box pun diangkut lah. Beli senyap-senyap tak bagitau husben pun. Sekali kena bebel sebab takde brand. Haha
Walaupun product cikai, tapi berbakti untuk aku tau. Jangan pandang rendah kat dia.Sian dia. Berjasa untuk aku, buat bubur pagi-pagi untuk mishary. Tempoh masa untuk bubur siap dalam 30minit.
Electric Lunch Box selain jual kat lazada, boleh jugak usha dengan akak Farahana Nur 011-19975811. Harga dia jual RM60(termasuk pos).
Electric luch box pun bukan berfungsi untuk buat bubur je tau, masak sekali dalam tu pun boleh.tapi masakan yang jenis stim la macam ikan singgang dll.Tier bawah masak nasi, tier atas masak ikan.30minit dah boleh makan nasi + lauk. Cepat sangat kan.hihi
Boleh jugak guna untuk panaskan lauk. Contoh ikan tak habis makan semalam satu ketul, takkan nak angkut kuali besar gabak untuk panaskan seketul ikan. Kekeke. Guna lunch box aje kan mudah dan cepat.
Lebih praktikal sebab senang nak handle, kalau nak pergi mana-mana pun boleh angkut.
Eh, ayat aku macam penjual produk la pulak. Haha. Ke mana ntah pasal bubur tadi. Kekeke
3) Aumtumz Storage Cup
Aku beli ni mudah untuk simpan puree yang aku buat tadi. Buat banyak-banyak then letak dalam freezer. Pagi-pagi ambik seketul masuk dalam bubur.
Aku suka sebab ada penutup sekali, jadi tak mudah tercicir. Ada tempat alas bawah senang nak store dalam peti ais.
Harga pasaran RM21.50. Tapi aku dapat tau akak ni jual lagi murah, RM19.00 untuk 1, beli 2 dapat harga RM35.Hehe.
Dah beli baru dapat tau. Boleh kontek akak IrdinaHana 014-5102446.
Wah, jadi promoter pulak i.hihihi
Itu sahaja aku rasa benda penting dalam penyediaan makanan bayi. Hehe. Lain-lain aku beli bekas makan baby siap ada cawan, sudu garfu brand pureen. Harga RM7.30. Haha.murah :)
Lagi satu aku beli bib baby 3 helai RM10+ kat ikea. Haha.
Ada warna merah, hijau dan biru. Berbaloi-baloi.
Sekian saja entry jimat untuk penyediaan makanan anak. Haha. Selamat membeli :)
Dan selamat menjadi ibu yang berkualiti untuk anak :)
Masaklah sendiri untuk anak, tak payah beli makanan instant macam cerelec atau nestum. Air tangan ibu pengikat kasih sayang :)
Untuk ibu yang bekerja, tak sempat nak prepare makanan anak boleh cuba buat stok makanan pada hari minggu. Bagi aku, tiada alasan dalam memberi yang terbaik untuk anak.
*****
Mishary Miqdaam, anak mama yang ditunggu-tunggu dengan penuh harap dan doa. Banyak air mata gugur dalam penantian itu. Berapa kali hati ini lebur dan hancur. Takkan mama tak boleh sacrifice sedikit masa untuk anak mama, kan?
Inshaallah, mama akan beri yang terbaik untukmu, anak. :)
Itu janji mama.
Be a good boy yer. Nanti mama asyik menyinga ajer. Kehkeh.
Sekian.
No comments:
Post a Comment