Assalamualaikum.
Sebab dah janji nak buat entry pasal kedai kad kahwin yang murah jadi aku kenalah tunaikan janji ittew. Hehe.
Maaflah, lambat pula nak update sebab kehidupan bertambah sibuk dengan persiapan menjelang hari besar. Pheww.
Every weekend memang tak lekat kat rumah ke sana sini selesaikan urusan yang belum settle. Letih woo. Maaflah ye. :')
Ok, ramai yang mencari-cari kat mana kedai kad kahwin yang murah tu.
Ada yang pernah komen tanya aku pasal kedai ni tapi masa tu tak sempat nak siasat. Hehe.
Kalau google korang memang takkan dapat lokasi kedai ni. Mungkin ada tapi tak details/tak lengkap.
Ok sekarang aku bagi details ye.
Senang sangat-sangat nak cari kedai kad kahwin UNIQ TRADING ni.
Korang kenal restoren Nasi Kukus Abang Mie?
Alaa, kat Jalan Sultan Yahya Petra tu.
Depan Bank Islam kalau tak silap.(Seberang jalan).
Tak reti lak nak bagi direction. Kahkahkah.
Bagi peta bulih?
Gambar pecah-pecah pulok sebab edit pakai paint ja +__+ |
Haaa, sebelah kedai nasi kukus tu ada lorong kan.
Masuk je lorong tu. Jalan kira 10 langkah (hehe) cerr toleh KIRI.
Ting! Jumpa dah. Hihi.
Ni kedainya. |
Gambar google. Kredit tu CikPuanMimi. Terima kasih. :)
Kedai lama, sekali tengok macam bengkel pun ada. Haha.
Mungkin korang takkan perasan sebab kedudukan tak berapa nak strategik sangat. Sebelah tu rumah orang.
Kena bukak mata luas-luas.
Memang tak jauh dari simpang masuk tu,
macam aku kata la, kira 10 LANGKAH konfem jumpa.
Hahahaha.
Tapi percayalah kad kat sini memang murah teramat-amat murah.
Potong jari bak hang kalau tak caya.
:p
Harga survey yang telah aku buat untuk kedai kad lain, kat sini adalah antara yang termurah.
Untuk kad yang sama kedai lain harga dalam RM0.70-RM1.00 tapi kat sini boleh dapat dengan harga RM0.45.
Percayalaa...Percayalaaa....
Haha.
(+_____________+)!
Ada kad harga RM0.30 jer.
Tapi kad kosong, bila print nama/details tambah RM0.15 untuk setiap kad.
ATAU harga print untuk 1000 pcs adalah RM100.
Kalau nak tambah inlay(kertas dalam) katanya tambah lagi RM100.
Maknanya camni,
Kalau korang beli 1000 pcs kad
*kurang dari 1000 pcs pon boleh :)
1000 pcs x RM0.30 = RM300
Harga print = RM100
Harga kertas (inlay)= RM100
Jadi, RM300 + RM100 + RM100 = RM500
RM500/ 1000 pcs = RM0.50 per pcs
Tu harga ada inlay, kalau tak nak inlay boleh print atas kad terus jimat dah RM100.
RM400/1000 pcs = RM0.40 per pcs.
Mana nak dapat wey harga kad cenggini.
Bukan kad bodoh-bodoh tau. Ni kad cantik punya. Hihi.
Contoh kad kat situ, tapi ada banyak lagi design lain. ^^ |
Kedai ni memberi perkhidmatan JUAL KAD SAHAJA (kad kosong)
TETAPI....
Tokey akan maklumkan kat mana nak print.
Biasanya print kat kedai ni.
NASA PRINTING.
Lokasinya kat Jalan Dusun Muda
Sebelah bangunan restoren Haza Bistro/restoren Sedap Dok Dek (dah tutup dua-dua kedai ni T_T)/ Kedai Tudung Zaleha (jual tudung murah hoi). Tapi ni bangunan baru.
Kedai NASA Printing letaknya sebelah bangunan baru ini.
Bangunan buruk sikit dan kedai paling hujung.
Lupa nak tangkap gambar bagi anda jelas dan paham.
Harap-harap peta atas ni membantu.
Eh, tapi kan. Aku rasa beli kad online lagi murah kot.
Mungkin la. Sebab kebanyakkan kedai kad kat Kelantan supplier diorang dari KL atau Penang.
Jadi akan ada kos transportation/postage (mungkin)
Tu harga kad jadi mahal
Kalau beli online, kad tu memang dah dari KL
Cuma mungkin kena tambah postage je.
Entahlah.
Pendapat aku saja.
Contoh Kedai Kad Online : MrKadKahwin
Cantik-cantik pulak design dia. Wuhuuu.
Jeles pulak sebab dah tempah kad awal-awal.
:'(
Semoga entry ni sedikit sebanyak boleh membantu bakal pengantin di Kelantan sekalian ye.
Sampai sini saja.
Till then, assalamualaikum.
Hi, kedai sudah pindah Ke Lorong Merican, lorong sebelah Billion shopping mall...
ReplyDelete