KALAU SUKA FOLLOW, KALAU TAK SUKA?ADER AKU KESAH!haha =)

Sunday, September 13, 2015

Diari Mama#12-Welcome Baby Part 3

Assalamualaikum :)

Sambungan dari welcome baby part 1 dan 2 :p

Lebih kurang jam 10 pagi 'belon' dimasukkan ke dalam serviks aku. Setengah jam selepas itu aku mula merasai contraction.seperti yg telah diberitahu, belon berfungsi untuk merangsang bukaan serviks.

Aku dibenarkan berehat dikatil.Tengahari itu nurse datang bertanyakan keadaan aku. Contraction semakin kerap. 5minit sekali.namun aku masih mampu menahan sakit. Masih boleh makan tengahari :'). Masih boleh senyum dan bercakap. Masih boleh update status difacebook. Masih boleh melayan whatsapp dan telegram.

Jam 5 petang. Contraction semakin kuat dan kuat. Badan menggigil menahan sakit. Aku sudah tak mampu untuk berjalan. Darah turun dengan banyaknya. Berselerakan di atas katil :p. Sampai meleleh di betis. Orang tengok macam dah azab sangat.kihkih. Tiap kali kerusi roda disorong, mata semua memandang aku. Haha.

Jam 7 petang, aku bagitahu nurse dah tak tahan sakit. Aku dibawa ke bilik pemeriksaan. Vaginal Examination (VE) dibuat, bukaan hanyalah 3cm. Doktor menanggalkan 'belon' kemudian cucuk ubat tahan sakit.

Malam itu, contraction bagaikan dicabut buang. Hilang rasa sakit. Seperti tak pernah rasa sakit. Aku hanya mahu tidur. Mengantuk dan pening. Pejam mata kemudian tidur.

17.07.2015

1 Syawal. Inilah tahun pertama syawal tanpa ku dengar takbir raya. Huhu

Jam 6 pagi. Sekali lagi VE dilakukan. Tapi bukaan serviks masih sama, 3cm. Doktor membantu untuk tambah bukaan. Allah. Sakitnya Tuhan saja yang tahu. Cukup 4cm bukaan, lebih kurang jam 10.30 pagi aku dihantar ke labour room.

Di dalam labour room sekali lg ve dilakukan. Masih 4cm. Air ketuban dipecahkan. Dan bermulanya sakit contraction tak pernah putus. Sakitnya berkali ganda dari sakit masa masukkan 'belon'. Allah. Doktor sangat baik, tanya aku suami nak masuk teman sekali ke?Dengan laju aku mengangguk. Haha
Aku mula mengagak waktu akan bersalin, kebiasaannya 1cm setiap 1 jam. Bermakna air ketuban dipecahkan pukul 11 pagi, lebih kurang jam 6 petang akan bersalin dengan bukaan 10cm.

Jam 2 petang. Sakit sampai aku rasa mahu bangun dari katil kemudian pulang kerumah. Haha. Rasa seperti aku mahu hentikan masa yg berjalan. Ataupun kalau boleh nak undurkan masa supaya aku tak perlu beranak lagi. Kahkah. Stress menahan rasa sakit. Doktor kemudian datang cek ve lagi. Malangnya walaupun sakit melampau bukaan tetap 4cm +_+

Doktor mula pasangkan tiub drip ditangan untuk induce ubat merangsang bukaan serviks. Allah, sakitnya Tuhan saja yang tahu. Setiap kali aku rasa sakit sangat-sangat suruh suami panggil nurse. Mereka cek ve bukaan tetap 4cm tak berganjak.

Sakit semakin melampau bila doktor naikkan dos induce sehingga 3x. Aku rasa macam mahu jadi gila tahan sakit. Menangis-nangis minta ubat tahan sakit sebab aku dah tak mampu nak tanggung.

Jam 5 petang, dalam hati aku mengagak bukaan dah sampai 10cm sebab sakitnya ya rabbi tak tau nak gambarkan macam mana. Doktor datang cek ve. Hampa, bukaan masih tak berganjak tetap 4cm. Hati aku hancur dan kecewa sungguh. Masa ni aku dah berputus asa. Doktor buatlah apa saja. Kalau terpaksa czer pun aku terima. Doktor bagi tempoh masa sehingga jam 7 petang, jika bukaan masih lagi 4 cm mereka buat keputusan untuk czer. Aku redha walau apa sekalipun yg harus aku tempuh.

Jam 7 petang, aku rasa macam nak meneran. Nak terkeluar sangat dah tak boleh nak tahan. Bagitau nurse rasa macam nak teran, nurse cakap jangan teran lagi awak baru 4cm tanpa cek ve. Tapi aku tak boleh nak tahan dah, nurse datang cek ve, 7cm!! Dan kepala baby dah nampak. Kelam kabut nurse panggil geng dan sedia peralatan bersalin.

Jam 7.19 petang selamatlah aku lahirkan seorang bayi lelaki. Kecil aje.hehe. 2.2kg. Nurse angkat tunjuk jantina pada aku kemudian suruh aku sebut jantina baby. Kemudian bagi aku cium baby tu.Terasa masih hangat dan bau yang sungguh harum. Alhamdulillah sepanjang masuk labour room hingga selamat bersalin husband sentiasa disisi dan bagi semangat pada aku. Menjadi pom pom girl disepanjang perjalanan meneran. Kahkah.Tq husband :)

Pengalaman indah yang bermakna dan takkan aku lupa detik itu. Alhamdulillah. Syukur ya Allah memberi peluang untuk merasa pengalaman mengandung dan melahirkan.

Semoga aku mampu menjadi ibu yang terbaik untuk anakku, Mishary Miqdaam Bin Mohd Safwan. Hadiah yang tak ternilai, bayi yang ditunggu-tunggu :')


1 comment:

  1. Apa? Dah bersalin?? Ya Allah cepatnya masa berlalu. Tahniah Puan Aiskelim, so happy for youuuuuu. Hugs and kisses untuk baby Mishary Miqdaam, muahhh :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...