KALAU SUKA FOLLOW, KALAU TAK SUKA?ADER AKU KESAH!haha =)

Wednesday, September 9, 2015

Diari Mama #11-Welcome Baby Part 2

Assalamualaikum, :)

Sambungan dari welcome baby part 1

Doktor meminta saya ke bilik ultrasound untuk membuat semakan pada keputusan ultrasound dan graf ctg dari klinik TMC yang lalu.

Keputusan ctg adalah normal. Kadar denyutan jantung baby masih normal. Namun, keputusan ultrasound menunjukkan air ketuban saya benar-benar berkurangan. Keputusan AFI adalah 5.6. Doktor sekali lagi membuat ultrasound untuk mengesahkan keputusan sebentar tadi. Ternyata keputusan AFI kali kedua sebanyak 6.4 sahaja. Saya segera dirujuk kepada doktor pakar :'(.

"Nampaknya awak tak boleh pulang", doktor Afif berkata sambil senyum. Seperti mengerti hancurnya harapan aku mau pulang beraya. Hehe

Malam itu, saya tidur keseorangan di wad. Tiada berteman. Saya masih mampu menguruskan diri sendiri. :p

16.07.2015
Pagi- Doktor Afif datang bertanyakan keadaan aku. Masih besar harapan aku untuk merayu pulang. Katanya, kita tunggu jawapan pakar.

Masa rondaan wad,doktor pakar menerangkan keadaanku.
1. Air ketuban kurang@6.4 < 10
2. Suspect baby iugr < 2 kg
3.Bayi kurang gerakan <10x p="">4.Telah full term@37w2d

Dimana,keadaan diatas amat membahayakan bayi dalam kandunganku. Bayi mungkin lemas akibat kekurangan air ketuban.

"Awak kena bersalin harini"

Tiada pilihan lain. Itu yang harus ku hadap T_T
Rasa menyesal pergi scan diklinik swasta, rasa menyesal serah diri sini. Itu yang ku rasa. Aku benar-benar belum bersedia. Tak tahu apa yang aku fikirkan. Aku cuma mahu pulang, berehat di rumah, menyambut hari raya, makan bermacam jenis juadah. Sebelum aku bersedia untuk bersalin. Aku hanya perlukan masa. Ya, masa. Masa untuk bertenang dan bersedia. Aku nak hadapinya dengan tenang. Bukan secara di paksa. Kalaulah aku boleh undurkan masa. Pasrah.

Doktor menerangkan prosedur yang dia akan lakukan pada aku. Aku tiada perasaan.sepertinya dengar dan tidak. Aku tak mahu ambil tahu. Aku masih merayu untuk pulang.kahkah.

"Saya tak sakit doktor. Kenapa saya kena bersalin awal." Marahku.

Sekali lagi doktor tegaskan pada aku risiko yang aku akan dapat. "Kenapa awak mahu pulang, cuba bagitahu saya. Sebab nak raya? Tahun depan boleh raya lagi. Awak tak sakit sekarang and now saya akan buat awak sakit."

Saya akan bagi satu borang pada awak untuk awak sign setuju. Boleh?

Aku diam,langsung tak menjawap. Malah tak sedikit pun memandang wajah doktor. Haha.konon marah dan protes :p

Disebabkan tiada bukaan serviks, doktor memasukkan satu alat yang konon disebut 'belon' kedalam rahim aku untuk hasilkan bukaan.

Fungsi 'belon' adalah untuk menghasilkan bukaan sehingga 3cm kemudian dengan sendirinya belun tersebut akan terjatuh dari rahim.

Allahurabi. Proses memasukkan alat tersebut sungguh sakit.

To be continue...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...