KALAU SUKA FOLLOW, KALAU TAK SUKA?ADER AKU KESAH!haha =)

Saturday, July 11, 2015

Diari Mama#9-Scan kali kedua

16/2/2014

Lawatan ke klinik kesihatan kali kedua untuk checkup tidak berapa menggembirakan hatiku. Bukan sebab result air kencing mahupun darah yang menjejaskan mood aku.semuanya ok, cuma nurse refuse untuk scan perut aku.

Katanya tunggu sehingga 8 bulan nanti baru repeat scan. Kata nurse, kat klinik kesihatan cuma perlu scan(ultrasound) sebanyak 2 kali sehaja. Iaitu semasa nak buat buku pink dan juga ketika kandungan berusia 8 bulan.pehhh lama betol baru boleh lihat baby.

Tetapi, merujuk kepada catitan doktor dalam buku pink aku,dia mahu scan semula pada usia 18w untuk lihat perkembangan baby.

Tapi lamanya lahai aku nak tunggu sampai 18w baru boleh tengok baby. Sekarang baru 13w bermakna aku kena tunggu lagi 5w untuk scan.

Tak boleh jadi ni. Aku kan jenis seorang yang tak sabar dan tak boleh orang  menyekat kemahuan sendiri.haha.ku tak peduli, aku mahu scan juga di klinik swasta.  Jadinya malam itu aku ke klinik TMC, juga keseorangan.huhu.

Tidak mengapalah walau papanya tidak berada disisi, yang penting aku mahu lihat baby aku :')

Alhamdulillah saat doktor meletakkan ultrasound di perut aku, baby berlari-lari.Haha. Aktif benor. Dan alhamdulillah rezeki aku malam tu, aku dah boleh lihat jantina baby :) walaupun doktor sendiri sendikit surprise kerana baby dah menunjukkan jantinanya walaupun baru berusia 13w5d. Alhamdulillah, mungkin itu rezekiku.

Syukur, kerisauan aku tak pernah hilang. Cuma bila lihat dia sihat dalam rahimku, aku sedikit lega. Setiap masa hanya pikirkan baby. Betapa pentingnya dia dalam hidup aku. Semoga Tuhan terus memberi kesihatan yang baik untuk mama, demi baby mama usahakan juga untuk makan walaupun selepas itu mama tahu makanan yang dimakan ke tandas jua. Hehe. Morning sickness yang agak teruk jika nak dibanding dengan kehamilan dulu. Tapi tak apa, jika itu petanda baby membesar dengan baik, ku relakan saja. :)

Inshaallah, semoga terus diberi kekuatan untuk mengharungi hari-hari sukar. Sedikit susah namun ianya indah untuk dirasai :)

1 comment:

  1. oh yeke..saya check up di KK juga tapi banyak kali dah scan,, tiap kali jumpa doktor mesti doktor scan,,
    semoga semuanya selamat ye

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...