KALAU SUKA FOLLOW, KALAU TAK SUKA?ADER AKU KESAH!haha =)

Saturday, July 11, 2015

Diari Mama#8-Buku Merah

30/12/2014

Assalamualaikum.

Harini 30/12/14 kami decide untuk buat buku merah baby. Hehe. Pada ketika ini baby berusia 9w. Rasanya sudah tidak terlalu awal untuk register kehamilan kan. Tambah-tambah pula,aku pernah ada sejarah keguguran 3 bulan lalu membuatkan aku kena lebih di pantau.

Malahan, semasa kali pertama pergi ke klinik kesihatan, nurse nasihatkan aku daftar kehamilan seawal mungkin setelah dpt tahu mengandung kerana aku berisiko.

Maka,proses buat buku pink pun bermula. Kena bawak sijil nikah dan salinan kad pengenalan. Mula2 nurse suruh cek air kencing (upt) untuk lihat hcg bhawa aku betol pregnant. Tapi haritu tak ada air di klinik, jadi test upt terpaksa dipostpone ke lawatan kedua nanti 28/1/15. Pegawai perubatan disana buat test HIV dan amik darah utk tahu blood type dan rhesus darah. Cuma result kena tunggu another 14days. Result HIV je keluar on the spot. Dan ianya tentulah negatif.

Darah dihantar ke makmal dan di makmal sekali lg aku dicucuk pada jari untuk test hb(hemoglobin). Alhamdulillah hb aku cantik.

Lepastu nurse timbang berat dan cek tekanan darah aku. Semuanya ok. Masa tu nurse tanya sejarah kandungan lepas, penyakit (jika ada), sejarah penyakit keluarga, pekerjaan, alamat rumah, tempat tinggal, suami dll. (Semua ada dlm buku pink tu). Sebab arwah ayah aku ada diabetis, nurse remind aku untuk minum air gula utk next visit. Alahai.

Selesai dengan nurse, jumpa doktor la pulak. Doktor cuma cop cop je tempat nurse tulis tulis tu.huhu. oh lupa, nurse juga check perut dan dada. Hihi. Katanya samada sesuai untuk menyusu nanti. Alhamdulillah semuanya ok. :)

Sebelum pulang, amik asid folic di kaunter    ubat. Itu sahaja proses buat buku pink di klinik kerajaan. Sekian.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...