KALAU SUKA FOLLOW, KALAU TAK SUKA?ADER AKU KESAH!haha =)

Tuesday, March 24, 2015

Diari Mama#1- Something Weird!

Assalamualaikum dan hai :)

Ini adalah entry throwback. Harap maklom. :)

22/11/2015 : Sabtu

Sejak dua tiga hari ni, kaki crampt sangat-sangat pada waktu pagi.
Around 3.00 am mesti terjaga dari tidur gara-gara kaki tak boleh nak bergerak langsung.
Sakitnya sampai nak angkat kaki sikit pun tak boleh.
Menangis-nangis sakit.
Dah kenapa tiba-tiba begini.

Curious!
Esoknya petang sebelum solat Asar tiba-tiba hati tergerak untuk buat home urine test (HPT).
Tapi masih terlalu awal, baru dpo10 (10 hari selepas hari ovulasi (subur)), masih terlalu jauh dengan tempoh period seterusnya.
Another 1 weeks to go.
Tak apelah,cuba nasib. =)

Hasilnya, seperti yang dijangka.
Mestilah 1 line sahaja (-_-)!
Tak ada rasa apa-apa. Tiada kecewa.
Mungkin belum rezeki. Redha.

Sejak 3 bulan lalu selepas miscariage, memang tahap redha aku dah kritikal.
Sejak peristiwa Julai haritu, setiap bulan aku mengharapkan Allah menggantikan kembali rezeki yang hilang itu.

Tapi hampa.
Tak apalah, Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk aku.
Redha dan pasrah tu memang dah sentiasa ada dalam kamus hidup aku. ='(


Lepas mandi, nak buang HPT tu dalam bakul sampah.
Tapi mata masih melekat pada line tu.
Eh, apasal ada satu lagi line tapi kabur sangat-sangat.
Kena gosok-gosok mata dulu baru jelas.
Antara nampak dengan tak sama banyak je.

Betulke double line ni?
Atau evap line? -__-

Terus cari cahaya matahari. Haha.
Tilik HPT bawah cahaya terang,
 konon cahaya dari mata ni tak cukup terang.Kahkah
Ada. Tapi kabur.

=)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...