KALAU SUKA FOLLOW, KALAU TAK SUKA?ADER AKU KESAH!haha =)

Monday, March 24, 2014

Tanda-tanda rahim Jatuh.

Assalamualaikum.


Lama menghilang, janji nak update pasal majlis kahwin aritu belum tertunai lagi tiba-tiba datang dengan entry tergempar pulak dah.

Hahahaha.

Saya sekarang busy sangat-sangat. Sekarang ni masih lagi dalam fasa menyesuaikan diri dengan keadaan semasa (hehe), maklumlah rutin harian masa anak dara totally berubah selepas dah bersuami. Tanggungjawab tiba-tiba jadi maha banyak. Tak sempat den nak tilik laptop lama-lama update entry tawww. Kahkah

Ni entry yang agak menarik selepas berblog walking. hehe. Terasa mahu share di sini pulak.

Entry asal milik Puan Eda. 

Untuk peringatan kepada diri sendiri yang kononnya selalu buat kerja lasak-lasak. Melebihi kemampuan seorang wanita sejati kau. Haha.




Punca rahim jatuh

* Buat kerja berat seperti angkat benda berat.
Tolak barang guna kaki (terutama ibu jari kaki kerana ibu jari kaki dikatakan berhubungan terus dengan rahim kita).



Tanda rahim jatuh.

* Terasa sesuatu terkeluar dari faraj.
* Ketulan pada faraj.
Sakit pelvis/ ari-ari (dragging pelvic pain)
* Sakit belakang
* Sakit semasa hubungan seks
* Pendarahan faraj selepas monopaus.
*Inkontinens kencing atau kencing tidak terkawal.
Sukar buang air kecil/ besar.


Cara nak tahu rahim jatuh/terkeluar.

Duduk mencangkung, masukkan 1 jari dalam vagina.kalau ada mcm besar guli kat tengah laluan tu tu makna peranakkan kita turun atau lebih di kenali sebagai tombong. Lagi dalam tombong tu lagi sihat rahim kita. Jangan sampai tekeluar kalau dah tekeluar boleh kene potong sebab nak masukkan balik dah susah.



Tips mencegah dari rahim jatuh.

*Elakkan berdiri terlalu lama. Ambil masa untuk duduk seketika dan melunjurkan kaki ke atas bangku. Ini selalu berlaku pada jururawat, guru, doktor dan juga mereka yang selalu ke kawasan kerja seperti jurutera


* Melakukan senaman pelvik adalah amat penting walaupun di zaman bujang lagi. Ia menguatkan otot-otot dalaman, membantu mempercepatkan proses pemulihan pascasurgeri, mendapatkan semula rasa mengawal kencing dan mengurangkan sakit belakang



* Amalkan pemakanan yang betul bagi mengelakkan sembelit kronik. Banyakkan makan sayur-sayuran, buah- buahan dan bijirin/bran. Elakkan dari meneran di bilik air lebih 15 minit. Puas atau tidak, sila keluar dari bilik air



* Memakai girdle/sut pelangsingan badan yang sesuai boleh membantu tetapi bukan korset yang amat ketat



* Jangan merokok dan jauhkan diri daripada perokok bagi menghindari batuk yang kronik



* Elakkan mengandung yang kerap dan rapat.




Haishh, ngeri pulak kita mendengarnya. Seriau tiba-tiba. Hihi.

Lepas ni memang kena pantang aktiviti berat. No more angkat katil, no more angkat karpet, no more panjat tangga tinggi-tinggi bersihkan kipas, ketuk paku, pasang langsir. No more.

Buat sekadar mengikut kemampuan. Jangan paksa diri.


 Sayangilah diri anda. Hehehe.

1 comment:

  1. Asking questions are really fastidious thing if you are not
    understanding anything completely, however this paragraph
    offers pleasant understanding even.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...