KALAU SUKA FOLLOW, KALAU TAK SUKA?ADER AKU KESAH!haha =)

Sunday, February 23, 2014

Kehidupan selepas Kahwin

Assalamualaikum.


Lamanya tak berupdate :P
Cik Nur dah siap mention lagi hahaha
Terima kasihla sebab sudi menjengah ke blog yang tak seberapa ini :)

Alhamdulillah dah 23 hari jadi isteri orang
Bila ingat kembali detik-detik sebelum menjadi isteri ni rasa macam nak mengalir je air mata
Betapa Tuhan menduga aku berkali-kali
Malah di hari nikah pun ada insiden yang menyentuh hati terjadi.

Susahnya la nak nikah,
orang lain rasa macam senang je,
Jumpa calon, plan nak nikah lepas tu Allah aturkan perjalanan mereka smooth je
Tapi aku diuji dengan bermacam ujian,
sampai rasa nak give up dah.

Tabahkan hati
Ujian Allah untuk setiap hambaNya berbeza-beza
Mungkin ini bahagian aku
Susah dahulu untuk kecapi bahagia
Air mata jadi peneman setia sebelum tersenyum bahagia
Mudah-mudahan Tuhan kurniakan rezeki melimpah untuk aku lepas ni.
Jauhkan perasaan dengki, iri hati manusia.

Banyak nak cerita,
tapi sejak jadi isteri ni masa dah rasa tak cukup 24jam untuk satu hari.
Kalau dulu hanya fikirkan pasal diri sendiri, boleh bertolak ansur dengan diri sendiri, nak buat ni tak nak buat tu, tunggu dulu, nanti lah, kejap lagi semua boleh toleransi dengan diri sendiri
Sebab sendiri yang buat sendiri yang rasa
tapi sekarang kena fikirkan pasal orang lain yang LEBIH UTAMA dari diri sendiri iatu suami.

Hal sendiri kena tolak tepi dahulu,
Perut sendiri lapar tak apa tapi perut suami tak boleh lapar!
Pakaian sendiri tak basuh lagi tak apa tapi pakaian suami tak boleh tak basuh lagi!
Begitulah nak bagitau istilahnya >.<

utamakan suami
utamakan suami
utamakan suami

Kadang stress juga.
Hahahaha T_T

Nak jadi isteri terbaik bukan mudah sebenarnya
(Baru aku tahu :P penat lelahnya)
Sebab tu pahalanya besar buat isteri yang taat.

Sebut TAAT tu macam mudah
Tapi nak capai TAAT dalam konteks seorang isteri tu perlukan kekuatan, kesabaran dan keupayaan yang aku rasa takkan boleh dapat kalau dalam hati kau tiada rasa cinta.
Taat tu bukan sekadar patuh
Tapi lebih kepada TANGGUNGJAWAB.

Ceh, ceh, ceh
Aku bercakap macam dah jadi isteri untuk 23 tahun ja,
padahal baru 23 hari.
Hahahahaha.

Tapi itulah hakikat sebenar yang aku rasa.
Berkahwin itu bukanlah sekadar untuk merasa seronok kerana berpasangan
atau untuk menghalalkan hubungan sesama manusia,
atau untuk rasa terjaga dan hidup ditanggung semua, 

Tapi lebih kepada tanggungjawab yang harus kau laksana.
Untuk meraih syurga yang maha Esa.
Ewah! :p

Tapi bukan nak kata tak seronok jadi isteri sebab kena sentiasa ingatkan diri sendiri tentang tanggungjawab.
Cuma nak cerita berkahwin ni seronok sebab kalau kau taat menjalankan segala tanggungjawab sebagai seorang isteri Allah redha dan mudah masuk syurga!

Bila jadi jadi isteri orang ni,
makan minum dah tak boleh ambil sambil lewa
tak boleh malas itu tak boleh malas ini
Sebab dah kena jaga 2 perut dah.

Sebab tu orang kata bila dah bersuami dan beristeri hidup lebih terjaga
Lebih tersusun dan lebih sempurna daripada zaman bujang dahulu.

Maklumlah, sama-sama nak raih syurga!
Hehehehe.

Setakat ini dulu update sebab sekarang masih di office menyiapkan kerja setelah bercuti selama 2 minggu!





31.01.2014


Dan kisah cinta kami pun bermula,
Cinta Halal untuk ke Syurga.

Alhamdulillah.
Terima Kasih Tuhan kerana memberi peluang untuk merasa bahagia. :)


P/S:Ya Allah, 
Jadikanlah rumahtangga kami ini sakinah, mawadah dan warohmah.
Hilangkanlah segala kesulitan, kepayahan yang ku rasa selama ni.
Berikanlah kebahagiaan berpanjangan hingga ke syurga.
Dan Kau kurniakanlah zuriat yang soleh dan solehah kepada kami. 
Amin.

3 comments:

  1. Cantikkkk, dan tahniah juga! :D Selamat membina jalan ke syurga bersama suami, Puan Aiskelim, hee *love*

    ReplyDelete
  2. Puan aiskelim i adore u much. muahahaha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. idayu ariffin, heee :D..kena kahwin cepat2 jugaklah!calon dah ada tuuu..hehe

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...