Assalamualaikum.
Hihi. Tajuk entry macam orang dah mengandung je kan.
Nikah pun tak lagi nak mengandung celah mana. :p
Tapi ada je orang tak nikah tapi mengandung.
Ada juga orang yang dapat tahu mengandung lepas tu nikah lagi sekali.kekeke.
Huuu, tu cerita lain ok.
Tak ada kaitan langsung dengan cerita aku kali ni.
kihkihkih.
Beberapa minggu lepas aku pergi check perut.
Doktor suruh baring lepas tu scan perut (perut ke?rahim kot), hihi.
Sebabnya aku selalu sakit kat situ.
Tiap-tiap bulan setiap kali datang bulan.
Boleh kata senggugut la.
Kalau datang sakit tu memang tak boleh nak buat apa.
Baring saja.
Kalau berjalan pun selow seloww macam orang dalam pantang tu.
Maka hampir setiap bulanlah aku MC.
Kadang-kadang aku gagahkan juga ke opis walaupun sakit.
Tapi memang satu hari la tak cakap dengan orang.
Duduk terperap je kat kerusi tu ha.
Kalau dah tak boleh tahan pergi baring kat surau :(
Macam bulan lepas, aku degil pergi kerja juga.
Konon sayang dengan ofis.Kahkah
Tapi tak tahan sangat, dah pukul 11 pagi macam tu minta izin mahu pulang.
Wuuuu, tak tahan sakit.
Kalau aku tahan juga alamatnya aku akan pengsan.
Sebab aku dah rasa pening-pening macam nak pitam.
Badan dah mula menggigil tahan sakit.
Bagitahu Mr Tunang dia suruh pergi klinik scan perut.
Sebab setiap bulan aku ngadu sakit.
Agaknya dia pun tak tahan duk dengar aku mengadu sakit-sakit.
Aku pun risau juga bila baca kisah tentang Scha Al Yahya kena kanser rahim tu.
Tanda-tanda pun lebih kurang aku.
Sakit setiap kali datang bulan.
Lepastu bergantung pada ubat tahan sakit setiap bulan.
Tanpa berlengah terus start enjin kereta pergi klinik.
Bila doktor tanya selalu ke sakit macam ni.
Terus angguk laju-laju.
Lepas check bp dia pun ambil keputusan untuk scan perut aku.
Letak gel apentah atas perut lepas tu guna alat yang muncung dia macam bola tu rolling-rolling atas perut.
Hihi.Geli pulak kite.
Aku jenis penggeli.
Orang pegang sikit dah geli-geli.
Maisarah selalu kacau aku buat geli kat kepala lutut tu.
Tengok, Maisarah pun pandai kacau aku ni. :D
Kalau nak suruh orang urut memang tak laaa.
Sebab nanti aku gelak kihkihkih sebab geli.
Haha.
Doktor terangkan tentang rahim aku kat skrin hitam putih tu.
First time ni tengok rahim sendiri.
Tetiba rasa perasaan orang mengandung pula.
Tapi orang mengandung tengok baby kat dalam tu, aku tengok hapa!
Kosong saja!
Haha.
'Tengok ni, rahim awak macam buah pear ni.'
'Awak kena pandai imagine sendiri la bentuk dia macam mana'
'Alhamdulillah dinding rahim awak tak ada ketulan.'
'Maknanya normal. Tak ada apa-apa masalah dengan dinding rahim'.
Aku ooooooo...
Haha.
Cemana ntah nak imagine buah pear di rahim sendiri.
T_______________________T
Doktor juga terangkan mungkin masalah sakit aku tu disebabkan oleh pengembangan dan pengecutan otot semasa datang bulan.
Benda ni adalah normal dan selalu terjadi pada wanita lain.
Lega.
Syukur tak ada penyakit apa-apa.
Baru tenang sikit.
Kalau tak nanti macam-macam duk assume.
Hihiii.
Doktor bagi beberapa ubat suruh aku makan.
Tak ingat pula nama ubat apa.
Letak kat mana pun ntahla.
Haha.
Memang selalunya bayar saja.
Ubat tak makan.
Kalau tak tahan baru makan.
Ingat aku suka ke makan ubat.
Memang tak laaa...
Tu malas sangat pergi klinik.
Sebab buang masa dan duit.
Hahahaha.
Balik klinik terus campak plastik ubat jauh-jauh.
Dan lepas tu memang takkan nampak dah plastik tu.
Tengok-tengok dalam tong sampah.
:'D
Bulan depan la pulak gagau cari ubat.
Hahahaha.
adoila ..yg part lastu lawakla :D dlu kita pun p klinik scan smua mcm ni hehe..takde apapun
ReplyDelete