Assalamualaikum.
Persiapan sebelum majlis ada di entry ini.
Rombongan lelaki sampai pada pukul 11.30 pagi.
Aku yang duk berposing sakan atas mini pelamin tu (amboi, dah rasmi :p), cepat-cepat lari masuk bilik.
Intai-intai disebalik kain langsir.
Kahkah.
Tapi tak menjumpai pun insan yang di cari.
Ha sudah!
Rupanya si dia berada betul-betul di pintu masuk.
Mungkin tak berapa pasti nak masuk ke tidak.
Hihihi.
Atau mungkin malu. :p
Tiba-tiba,
tettt...tettt..tettt..
Telefon bimbit aku berbunyi menanda ada kiriman sms masuk.
"Saya nervous"
Aku baca macam nak tergelak.
Hahahahaha.
Comel sungguh.
:'D
Ni belum akad nikah dah nerves.
So cane?
Hihihi.
Tapi aku membiarkan pesanan itu tanpa dibalas.
Haha.
Kang tak manis pulak, orang duk berbincang kita duk main sms.
Haip, garang pulak kite. :p
Tunggu punya tunggu lama jugak ye berbincang.
Entah apa la agaknya yang dibincangkan tu.
Kejap gelak kejap senyap sunyi.
Sesi perbincangan ditutup dengan bacaan doa daripada ustaz depan rumah. Hihi.
Pastu terdegar dari luar,
"Mana orangnya nak tengok"
Aku tak senang duduk dah.
Gelisah. Haha.
Bukan apa, dalam fikiran ni macam-macam duk fikir.
Macam mana kalau jalan tiba-tiba tersepak pastu jatuh.
Haha.
Dahla semua pandangan mata duk tengok aku.
Mesti malu gila,
pastu cemana nak cover malu eh?
=_=
Lagi satu risau pasal make up aku.
Kot tetiba bakal mak mentua terperanjat tengok bakal menantu tepek bedak.Haha
Yelah, sebelum ni kalau jumpa dia tak pernah pula aku make up macam ni. :D
Ni kali ke 5 aku jumpa bakal mak mentua sejak perkenalan dengan Mr Tunang.
Hehe.
Kali pertama di kedai makan masa first time Mr tunang ajak makan tengahari.
Rupanya bawak emak dia sekali. Lolololol
Cuak kite tau ^_^
Kali kedua, aku terserempak masa tengah jalan-jalan cari baju raya abang aku.
Masa tu abang aku ada kat sebelah.
Atas bawah bakal mak mentua pandang abang aku.
Hahahaha. Bila aku cakap 'ini abang saya' terus dia macam 'owhhh.'
Haha. Ingat-ingat balik kelakar jugak.
Kali ke-tiga, masa hari raya haritu.
Aku dan abang pergi beraya rumah dia.
Hehe.
Kali ke-empat, masa merisik pada bulan Ogos lepas.
Dan kali ke-lima masa bertunang ini. :)
Cuak jugaklah bila fikir apa pandangan orang sekeliling pada aku.
Ini kali pertama aku berjumpa saudara mara Mr Tunang.
Sebelum ni jumpa mak, ayah dan adik dia sahaja.
Tidak pernah bersua muka selain dari 3 orang tu.
Macam-macam duk fikir.
Macam mana kalau saudara mara sepupu sepapat dia tak berkenan kat aku.
Macam mana kalau tetiba bakal mak mentua berubah hati.
Macam mana itu, macam mana ini.
Haiihhh banyaklah benda-benda negatif aku duk fikir.
Sampai terfikir jugaklah, macam mana kalau mereka fikir aku tak sekufu dengan anak mereka.
Hoiiihhh.
Terasa betapa banyaknya kekurangan aku.
Adeh.
Fikir jugak, kalau-kalau saudara mara dia cakap
'Macam ni aje ke pilihan abang?'
Stressss.Haha.
Aku memang sentiasa stress pada benda yang tak sepatutnya. Hihi.
Namun Alhamdulillah.
Tidak ada kata-kata seperti yang aku fikirkan itu keluar dari mulut mereka.
Tapi tak tahu lah dalam hati.
Huhu.
Harapnya mereka terima aku seadanya.
Aku banyak kekurangan,
Jika dibandingkan, betapa banyaknya kurang aku berbanding lebihnya dia.
Huhu.
Nangess.
T_T
Eh, tau tak sempat jugak sebelum keluar bilik masa orang panggil nak sarung cicncin tu, aku baca ayat kursi berkali-kali.
Hahaha.
Takut mengalahkan takut pada hantu.
Kahkahkah.
Dan, acara menyarung cincin pun berjalan.
Bakal mak mentua sebelum sarung cincin pandang-pandang aku.
Dalam hati ah sudah, ada apa yang tak kena ni.
Sempat lagi tu fikir. Hahaha :p
Mungkin nak make sure yang dia tak tersalah orang kot.
Ataupun terkejut tengok muka aku make up. :D
Maklum ah, bajet retis.
Make up pun macam retiss.
Kahkahkah.
Sesudah sarung cincin aku, Mr Tunang pulak naik pelamin.
Aku turun duk birai pelamin.
Abang aku naik sarung cincin pada Mr Tunang. (Ayah aku dah meninggal)
Sesi salam-salam.
Fotografer tak bertauliah pun duk laung gambar gambar.
Maka aku naik balik atas pentas. Eh? pelamin :D
Acara bergambar berlangsung bersama bakal keluarga baru dan keluarga aku.
Sampai lupa nak tangkap gambar berdua.
Memang takda gambar berdua ok.
Haha.
Mungkin sebab cuak, dan mungkin juga sebab segan. Hihi.
Bila belek-belek balik gambar, memang semua gambar macam hancur saja.
Kahkahkah.
Malu kot ramai orang duk tengok.
Heee.
Aku kan pemalu orangnya.
T_T
Lepas abis bergambar, acara makan-makan.
Lepas makan pulang.
Haha.
Itu saja mahlis pertunangan aku.
Simple saja.
Cuma nampak meriah sebab keluarga aku besar jadi ramai orang.
Tu nampak macam ramai.
Padahal ahli keluarga dan sedara mara je pun.
Huehue.
Selamat sudah aku menjadi tunangan orang.
Terima kasih Mr Tunang kerana menerima diri ini.
Hihi.
Habis sudah perjalanan majlis pertunangan aku.
Lepas ini, akan banyak entry berkaitan persiapan berkahwin pula.
Inshaallah.
Doa-doakan kami.
Bye.
xoxo.
=)
akaaaakkkk.. how sweet laa ! heee.. nak jugakk :)
ReplyDelete