KALAU SUKA FOLLOW, KALAU TAK SUKA?ADER AKU KESAH!haha =)

Monday, October 21, 2013

Idea#6: Mini Pelamin, Baju, Make up dengan harga murah untuk bertunang, bridal di Kelantan

Assalamualaikum.


Memang pada mulanya aku tidak mengimpikan pelamin untuk acara sarung cincin.
Macam orang lain juga, elehh baru bertunang nak ada pelamin bagai.
Membazir je semua tu. -..-

Kata hatiku terpaksa ku tepis jauh memandangkan rumahku sedang renovate sekarang.
Bilikku confirmlah sudah hancur lebusss..
Rumah pula kecik, takde tempat menarik untuk acara sarung cincin.

Jadi, aku pun termenung panjang memikirkan nasib diri. (T________T)
Bhahahaha.

Disamping itu pula, 

Aku berfikir, 
dahla orangnya tak cantik, maka bertambah tak cantik kalau tak ada orang make upkan.
Memang tak perlu make up bagai, make up untuk suami je nanti.
Harooommm.
Kihkihkih.

Tapiiiiiii, 
kalau yang datang ramai-ramai nak sarung cincin nanti tengok aku rupa macam hantu kak limah balik rumah tak ke dengan diorang-diorang sekali balik rumah.
Kahkahkah.

Menantu hantu katanya. -..-

Benarlah orang kata, langit tak selalu cerah.
Kadang kala ribut taufan melanda.
Apa yang dirancang dan difikirkan belum tentu jadi nyata.
Sebab itu jangan duk kutuk orang hoi.
Esok-esok kena balik kat batang hidung sendiri.

Kita tak tahu apa yang akan jadi kemudian hari.
Bila turn kita nanti macam-macam masalah melanda.
Hihikks.


(Panjang benor intro dah ni)
Ahahaha

Di pendekkan cerita, aku ada 3 masalah untuk acara bertunang aku

1. Bilik hancur
2. Rupa macam hantu
3. Tak ada baju baru nak pakai.

Penyelesaiannya adalah amat mudah.

"Pakai bridal aje lahh"

Hohohokkkk (batuk)

Maka dengan kalut ributnya aku telah buat kajian (survey), kihkih. 
Survey harga pakej untuk bertunang.

Dan hasil kajian aku sangat mendukacitakan aku kerana semua harga pakej adalah diluar batas kemampuan gue.
Hahaha.

 Pakej baju, mini pelamin dan make up.

RM700-RM1200

Mahai. Mahai.
Aku tak suka buang duit sebanyak itu untuk sesuatu yang belum pasti. 
(deepnya meaning) Kahkah

Pujuklah diri ni. Takpe lah kalau pakej mahal amik make up saja lah dengan baju.
Atau beli je baju baru. 
Ambik make up saja.

Survey lagi harga make up.

Mak aiiii, harga make up saja RM150-RM250 untuk bertunang.
Make up simple-simple pun beratus mak jemah oiii.

Pening-pening. Rasa nak pitam.

Make up sendiri lah.
Tonyoh aje lah apa-apa pun.
Menangis dalam sendu.
Kahkah.

Cari baju pula.
Ready made. Yang cantik of courselah RM200+ ke atas.
Unless upah jahit lepas tu jahit manik sendiri.

Tapi, banyak ke masa i,
I is busy doing gubahan hantaran yo. 
DIY shawl lagi.
Mana nak ada masa.

Make up RM150(minima) + baju RM 200 = RM350.

Fuhh.
 Belum masuk cincin.
Nasib baik cincin dah beli awal-awal.
Bajet untuk kenduri lagi.
Adoi.

Ohhh, duitt.

Tapi aku tak putus asa untuk survey lagi kat mana-mana ajela aku jumpa bridal.
Inbox sorang sorang kat diorang.
Tak reply takpe.
Reply alhamdulillah.
Hihiihii.

Disaat putus asa berada dikemuncak kehidupan. Kekeke

Maka hasil penyiasatan dan kajian telah menemukan aku dengan Tisha Bridal.

Harga pakej sangat-sangat berbaloi-baloi orang kata.

Pakej
1. Mini pelamin cantik gilos.
2.Baju perempuan dan lelaki.
3. Make up awesome. :)

Hanya serendah RM400 sahaja.

Benar. RM400 sahaja

Maka, dengan ini 3 masalah aku di atas telah menemui jalan penyelesaian.

Hasil survey aku menjumpai hanya 2 bridal ni
 iaitu Tisha Bridal dan Julianie Bridal yang menawarkan harga paling rendah.

Paling rendah itu bermula RM400 dan ke atas untuk 3 item seperti di atas.

Mana kau nak dapat lagi hoii harga cenggini.
Tak caya cer survey bridal-bridal lain.
Hehehe.

Dan selepas beberapa perbincangan tidak langsung antara aku dan dia
Aku buat keputusan amik Tisha Bridal,
 Julianie Bridal as backup.
hihihi.

So, untuk bride to be bajet yang berada di Kelantan cepattt pergi serbu mereka.
Untuk majlis bertunang mahupun kahwin korang.

Tisha Bridal menawarkan pelamin cantik sampai nak hantuk kepala kat dinding kerana tak boleh terima hakikat dengan harga yang paling rendah!!!!


LIKE SERIOUSSSSLY????

Hahahaha.
Amboiii.

(T_______T)v

Maka, ini lah mini pelamin aku.


Pelamin yang aku request



Pelamin sebenar


Tak jauh beza pun.
Puas hati sangatlah.
:)


Baju bertunang aku.

Baju request




 Dah comot muka. Haha
Sebenarnya dah bukak shawl tu,
tapi sebab baru teringat tak ambil gambar baju penuh lagi maka pakai balik shawl tu.
Sebab tu senget-senget aje.
Hahah

Aku nampak gemuk kan?
Hohoho
Bertengkek-tengkek pulak lengan tu dan hmmm perut.
kahkahkah

Oh ya,

Lelaki pakai baju melayu siap bersampin.
Takde gambar sebab tak boleh reveal mr tunang lagi.
kihkihkih.


Dan make up



Cantik tak kak ton????

heheheh


Jadi,itulah sedikit sebanyak review tentang pelamin, baju dan make up untuk rujukan bride to be sekalian yang tengah cari idea.

Amboiii.

Biasaaa diaaaa.

Hahaha.

Till then, jumpa lagi.




P/S: Ai dah berdarah manis uollss. ekekekeke.

16 comments:

  1. cantik dan sgt jimat, skrg mmg susah nk cr yg kurang 800, nk guna kejap je, kalau xmahu pelamin mcm kosong sgt. nk DIY xkreatif,masa pn xde kalau keje KL nk blk kg. kalau nk pelamin smpi mencecah RM1k , bagus btl bridal tu yg bg murah memudahkn urusan. doa kn mereka di murahkan rezeki ;)

    ReplyDelete
  2. cantik dan menjimatkan.memang susah nk cari yg bawah 500. kdg2 tersepit je nk kawen. suma mahal. nak pakai kejap je. Nak DIY xkretif, tambah kalau dk KL nk blk kg jauh masa pn xbyk. kalau xmo pelamin nampk kosong sgt .Bagus btl bridal tu bg pakej murah. memudahkan urusan semoga d murahkan rezeki yg lebih lg:)

    ReplyDelete
  3. skarang memang tengah mencari>>wawawawa..baru nak tunang dah pening.. thanks 2 information yeee... ♥☺

    ReplyDelete
  4. Good info..saya dh 2 minggu pening semua pakej 800-1k..pening and stres mak..tq2..dh npk jalan

    ReplyDelete
  5. no fon xpn lokasi kedai tisha bridal please

    ReplyDelete
  6. cantik..harga pun sngt reasonable..

    ReplyDelete
  7. bridal mne nh,nk no blh

    ReplyDelete
  8. Area klate shje???

    ReplyDelete
  9. ejah no terr... kawe dk tgh cari jgk nie... dk mutar itik doh dlm google nie

    ReplyDelete
  10. Salam..kedua2 bridal ni..Lokasi kat mana yer? boleh kongsikan x? terima kasih.. :)

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum...saya Ada menyediakan perkhidmatan makeup mengikut bajet pelanggan area sentul Dan sekitar Kuala Lumpur.sebarang pertanyaan boleh call 018-3636986/013-2096836.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...