KALAU SUKA FOLLOW, KALAU TAK SUKA?ADER AKU KESAH!haha =)

Sunday, September 22, 2013

Al-fatihah buat bapa sepupu-ku(?).

Assalamualaikum.

Al-fatihah.

Aku tak pasti hubungan darah dengannya. Tapi dia merupakan waris yang agak dekat dengan keluarga kami. Bapa sepupu? Something like that. Tapi aku tak sure sangat. Heheh.

Dia merupakan seorang bilal di kampung aku. Pergi mengadap Ilahi pada 15hb Sepetember 2013 (Ahad). Jadi sudah seminggu dia tak ada. Tapi aku baru nak update pasal ni. Heheh.

Punca kematian adalah disebabkan oleh jangkitan kuman yang telah menyerang jantung, paru-paru dan otak selepas selesai buat pembedahan bypass(mcm tu eh eja) akibat kolestrol dalam saluran darah jantung.

Tapi sangat terkilan kerana dia meninggal akibat pembedahan tersebut. Padahal semasa tarikh appoinment untuk buat bypass dia sihat walafiat dan sempat bergurau senda. Operate sebab dah sampai tarikh appoinment. Gitu lah.

Tiba-tiba jangkitan kuman pulak. Lepas tu terus koma 4 hari sebelum dia pergi untuk selama-lamanya. Otaknya sudah tidak berfungsi akibat jangkitan kuman dah telah dipenuhi dengan air. Eh, tak reti pulak nak terang secara saintifiknya. hehe. Subjek biologi kita tak berapa bagus sangatlah walaupun dulu pelajar aliran sains. Heheh.

Semoga dia tenang di sana. Semoga semua kebaikkannya semasa di dunia dihimpun dan mendapat pahala dari setiap amalan baik.Semoga beroleh Syurga. Sungguh, pemergiannya adalah satu kehilangan besar buat kami.


*****



P/S: Adakah pemergiannya ini juga merupakan kebetulan terhadap mimpi aku tempoh hari? Kebetulan. Sentiasa terjadi dalam hidup kita. Atau, suratan?Heheh.
Cinta jangan pergi sangatlah kau, ila. >.<

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...