KALAU SUKA FOLLOW, KALAU TAK SUKA?ADER AKU KESAH!haha =)

Sunday, September 1, 2013

Aduhai Pelamin

Assalamualaikum.


Semalam seharian mencari pelamin. Malam-malam sebelum tu sibuk usha facebook bridal. Berpuluh-puluh senarai bridal di jejaki. hehe. Sampai rasa macam nak muntah pelamin dah. Rasa semua cantik, semua nak. Amboi.

Macam-macam ragam kerenah bridal aku jumpa. Ada yang buat aku sakit hati dan hangin. Ada yang langsung tak reply message. Ada yang aku masuk kedai dia tapi dia pandang sekali imbas saja (sebab sibuk duk layan customer lain). Ingat aku ni bayang-bayang ke? Ke aku ni ibarat angin sepoi-sepoi bahasa??Ingat aku tak ada duit ke nak bayar korang? Taulah aku ni pengantin bajet. Kahkah.


Ada juga yang dah siap janji ni nak jumpa, aku dah tercongok kat situ sekali dia kata kansel sebab ada kerja lain. Dahla aku message tak reply. Hangin. Hangin. Dah tau macam mana perasaan bila message kita orang tak reply. Wuhuu.Terasa tidak dihargai gitu. Selalunya perangai aku macam tu lah. Suka sangat tak reply message orang. Sekarang hambik.

Sabar, sabar. Nak bina masjid kena banyak sabar. Jangan stress,jangan hangin selalu.

Nasib baik ada orang tolong cool down kan. Hahahaha. :p

Ni semua gambar pelamin indah yang aku berkenan. Tapi rasanya hanya mampu tengok aje lah. Lap air liur meleleh sikit-sikit. Haha.


Cantiknya, macam Alice in wonderland sangat kan?

Simple. Tapi cantik. 'Sesuatu' sangat.


Fairytale sangatt. Suka :)


Ternganga -________-


Pengsan berkali-kali. Mak, nak yang ni. Plisss.


Pink like me.Haha



Daring, huh?


Again. pink like me :p



First time tengok, terus jatuh cinta.


Ekslusif.


Double ekslusif. Sila pengsan.


Hanya mampu mengeluh. Cepat-cepat kira duit. Haha.


Mewah, elegent & ekslusif. I like the most.


Suci. Macam gadis-gadis. 



Perasan tak semua pelamin macam flower-flower gitu. Haha. Aku kan suka bunga, mestilah pelamin pun haruslah 'macam aku'.

Macam gadis-gadis je banyak bunga. Ayu, lembut, cantik.

Bukan macam aku ke?

Hahaha.

  -..-

Taklah, aku gengster. Tapi hati lembut macam bunga-bunga tu. :p


Eh, lupa nak bagitahu. Sebab terlalu banyak pilih pelamin, semalam dah ngigau-ngigau pelamin. 
Hahahaha.

Sangat tak boleh blah. >.<


Note:
1. Cincin tunang for me- Done!
2. Cincin tunang for him-Done!
3. Cincin + rantai tangan nikah for me- Done!
4. Cincin nikah for him-Done!

Next Mission
1. Jam tangan for me & him. :)


P/S: Ya Allah, kau mudahkanlah jangan susahkan. Kau tenangkanlah jangan serabutkan.

2 comments:

  1. Hye dik..nk tanya la..pelamin gambar yg paling bawah tu ala pink sweet drp bridal mana ya..pls helpp cantik sgt..

    ReplyDelete
  2. Hye dik..nk tanya..pelamin yg paling bawah skali ala pink bunga2 tu drp bridal mana ya..plss help cantik sgt

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...