KALAU SUKA FOLLOW, KALAU TAK SUKA?ADER AKU KESAH!haha =)

Wednesday, August 21, 2013

Puasa

Assalamualaikum.

Hari ni hari kedua aku berpuasa 6.

Tapi pagi tadi tak bersahur pun.

Biasalah, kalau aku seorang yang berpuasa nak bangun sahur sensorang tu liatlah sikit.

Kalau berteman barulah semangat waja.hehe.

Dah la tak bersahur, makan malam pun tidak.

Semalam ada sambutan hari raya di Perdana Resort. Walaupun aku makan banyak juadah, tapi semuanya dalam kuantiti yang kecil.

Roti jala 2 kerat, sate 4 cucuk, kebab (ambil tapi tak makan pun), kambing golek sepiring kecil, soto, buah manggis sebiji, buah langsat sebiji (hehe, try je), kelapa jelly dan aiskrim.

Balik jamuan lepak dekat noodle station pekena air manggo snow segelas.

Petang pula kawan text ajak lepak minum air. Sempat juga oder maggi goreng tapi masin ya ampun makan suku pinggan saja lepas tu letak tepi kawan tolong habiskan. (hehe, baik hati punya kawan).

Malam, langsung tak jamah apa terus tidur.

Nampak macam banyak, tapi baru sedar karbohidrat yang aku ambil cumalah pada nasi impit soto 2 buku kecil sahaja. Dan sedikit pada maggi.

Dan hanya tenaga itu lah yang aku bekalkan untuk puasa hari ini.

Sekarang, aku dah rasa lembik. Tak berdaya. Rasa macam orang kebulur.

Terketar- ketar tak ada tenaga.

Langsung.

Haih, nak pitam. Nak pitam.

1 comment:

  1. lain kali nk posa bgun shur cket...kang hrni da skit palo....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...