KALAU SUKA FOLLOW, KALAU TAK SUKA?ADER AKU KESAH!haha =)

Monday, August 5, 2013

Cerita tentang Ayah

Assalamualaikum.

Aku sudah tidak ada Ayah.
8 tahun lepas Ayah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan ekoran dari itu dia meninggalkan kami.
Tapi, ingatan terhadap Ayah tidak sedikitpun tervanish dari ingatan.
Sampai bila-bila.
Sampai aku mati sekalipun.
Inshaallah.

Ayah sangat garang.
Orang yang paling tegas dan penuh disiplin.
Malah, Ayah merupakan orang paling garang di alam semesta. :p
Lebih garang daripada harimau bintang, lebih garang dari Sr. Azlan Raofuddin.(alaaa..lecturer ukur bahan kat USM yang paling digeruni tuu)
Malah lebih berbisa daripada encik Jawahir Dollah.
Hakhakhak

Masa sekolah dulu, waktu nak tunjuk report card adalah waktu paling nightmare pada kami.
Paling takut kalau ada markah merah-merah (tak lulus)
Takut kena marah dan berleter panjang-panjang.
Ayah kalau berleter mesti ada siaran ulangan berkali-kali.
Sampai dua tiga hari jugaklah leterannya itu.

Tapi kami bijak, 
Tunjuk report card waktu pagi nak pergi sekolah
Suruh Ayah tandatangan waktu tu sebab tak perlu nak dengar Ayah berleter panjang-panjang
Hehe.
Tapi malam nanti, siaplah kena sembur juga.

Masa sekolah dulu Ayah tak bagi aku berkawan dengan lelaki
Lelaki telefon aku kat rumah mesti kena marah dengan ayah.
Kata Ayah perempuan dan lelaki mana boleh berkawan
tak boleh. tak boleh sama sekali.

Lepas habis sekolah kena pulang terus ke rumah
Lewat 15 minit ke 20 minit ke mesti kena siasat macam polis siasat penjenayah
Kelas ko-kurikulum petang-petang memang tak boleh join langsung.
Buat apa nak bersukan bagai, pelajaran lagi penting!

Kadang-kadang rasa Ayah benci pada aku.
Pada kami anak-anaknya
Salah sikit kena marah, salah sikit kena rotan.
Kenapa setiap kali ayah kena marah dan rotan?
Tak sayangkah Ayah pada kami?

Masa tu akal budak-budak taklah panjang mana
Masih tak boleh fikir kasih sayang seorang Ayah
Marah Ayah adalah didikan kepada kami
Mana mungkin aku hidup 'terjaga' jika tidak dididik begitu
Lain benar dengan kawan-kawan yang lain.
Yang aku tahu, aku special kerana di didik begitu.
Kini aku rasa sempurna, didikan itu buat aku menjaga diri.
Menjaga akhlak juga menjaga tingkah laku.

Entah kenapa rasa rindu benar pada Ayah.
Entah kenapa juga dah lama tak termimpikan Ayah.
Bagaimana keadaannya di sana agaknya.

Aku masih ingat semasa aku kecil setiap hari tunggu kepulangan Ayah balik kerja.
berkira-kira waktu Ayah sampai ke rumah cepat-cepat tunggu di tangga rumah.
Kadang-kadang tak sempat Ayah matikan enjin motosikal dah berebut capai beg plastik di tangan Ayah.
Masing-masing tak sabar nak makan aiskrim Ayah beli.
Ada aiskrim batang, ada aiskrim mangkuk, paddlepop pun ada tahu.
Ayah tak pernah miss untuk beli aiskrim.
Setiap hari.
Sebab dia tahu itu akan buat anak-anaknya gembira.

Satu hari aku sakit perut.
sakit yang teramat sangat sampai tak boleh nak berjalan.
Pukul 3 pagi Ayah bergegas ke unit kecemasan
Ayah 'dukung' aku macam budak kecil ke hospital
walaupun masa tu umur aku dah 16 tahun.
Ayah berlari-lari mintak tolong.
Masa tu baru aku paham, Ayah sebenarnya amat sayangkan aku.

Ayah tak izinkan aku keluar ke mana-mana tanpa berteman
Satu hari aku nak sangat pergi rumah abang di KL
Mulanya Ayah tak izinkan, tapi bila adik mahu teman Ayah lembutkan hati
Ayah hantar kami ke stesen bas
Elok je kami naik bas tiba-tiba Ayah hilang
Puas kami cari, toleh kiri kanan tapi Ayah tiada
Kami fikir mungkin Ayah dah pulang ke rumah.
tak sempat nak 'bye-bye' Ayah dah pulang
sedihnya kami.

Tiba-tiba Ayah datang dengan bawa seplastik roti, gula-gula dan air kotak, air mineral di tangan
Takut lapar dalam bas Ayah kata
Makanlah, untuk bekal.
Baiknya Ayah, padahal perut kami dah pun terisi sebelum berangkat.
Ayah suwitt sangat ehhh.

Lepas SPM Ayah suruh aku sambung belajar di Penang
Katanya sebab nak tengok jambatan Pulang Pinang dan naik feri
Masa aku dapat keputusan belajar kat Penang
Ayah dah seminggu kat hospital
Patah rusuk kiri kanan, patah kaki
Ayah kena langgar dengan van
Lepastu kena gilis pula dengan motor
Mak pula patah bahu
Mesti Ayah dengan mak sangat sakit masa tu kan

Tak boleh nak bayangkan bagaimana Ayah kena gilis
Tak boleh bayangkan macam mana mak meraung minta tolong atas jalan raya
Tak boleh bayangkan bagaimana mak riba kepala Ayah dan darah keluar banyak-banyak kat kepala
memang tak boleh bayang
memang tak boleh.
T_T

Gembiranya Ayah bila aku cakap memang dapat belajar kat Penang
Aku siap pesan supaya Ayah selalu makan ubat
Cepat-cepat baik sebab nak hantar aku pergi belajar kat Penang
Nanti boleh naik feri, tengok jambatan.
Kemudian Ayah bisik kat telinga aku
'Pergilah, Mak akan temankan, Ayah dah tak boleh pergi'
Padahal ayah dah beli baju baru siap-siap
Excited nak hantar aku belajar sebelum kemalangan.
Tapi kenapa kata dah tak boleh pergi?

Ayah selalu pesan,
Jaga adik, jaga adik, jaga adik
Sebab adik selalu sakit-sakit
Rupanya Ayah nak tinggalkan kami.
Untuk selama-lamanya

Sehari sebelum Ayah pergi
Ayah panggil aku
Katanya sakit betis
Aku pegang,urut-urut kemudian kata sakit tangan pula
Bila aku urut tangan Ayah kata sakit kepala pula
Aku sempat lapkan muka dia, tangan dia, badan dia sebab Ayah kata nak mandi
Tapi mana boleh mandi Ayah kan patah-patah
Aku ingat Ayah saja nak bermanja
Tapi rupanya Ayah betul-betul nak bermanja sebelum dia pergi.
Dan tak akan ada lagi selepas itu.

Kini, Ayah dah tak ada.
Yang ada cuma kenangan-kenangan yang tercipta
Kenangan yang aku akan ingat sampai bila-bila.

Sungguh, aku rindukan Ayah.
Mak juga, sudah tentu amat merindukan kekasihnya itu.
Tenanglah Ayah, kami tak putus untuk mendoakanmu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...