KALAU SUKA FOLLOW, KALAU TAK SUKA?ADER AKU KESAH!haha =)

Thursday, August 29, 2013

Alhamdulillah

Assalamualaikum.


Orang kata, kalau nak Tuhan jaga kita, masa keluar rumah baca doa dan ayat kursi.
Tuhan akan hantarkan malaikat untuk jadi body guard kita.

Alhamdulillah, aku masih amalkan.
Kalau dalam kesusahan sekalipun, ayat kursi tak pernah dilupakan.

Dan alhamdulillah juga,
aku sentiasa rasa sepertinya Tuhan menolong aku ketika aku dalam kesusahan.
Dia akan hantarkan cara untuk aku selesaikan masalah.

Kadang-kadang aku fikir seperti Tuhan menjaga aku.
Dari perkara-perkara buruk yang menimpa aku.
Terlalu banyak kebetulan (atau mungkin takdir) yang bila aku fikir balik seolah-olah Tuhan telah menyelamatkan aku dalam satu-satu perkara.

Ini bukan entry riak.
tapi cara aku mensyukuri nikmat Tuhan yang telah diberi kepada aku.
Aku sangat bersyukur untuk hidup aku ini.

*****

Beberapa hari lepas seperti aku khabarkan, aku telah ke JB dan kemudian ke Ipoh menghadiri sesuatu event.
Hanya seorang diri menaiki bas ke sana.
dalam perjalanan pulang sesuatu peristiwa (yang kalau boleh aku tak nak ingat pun) telah menimpa kepada aku.

Aku marah, geram dan rasa tertekan.
Dalam keadaan itu aku hanya boleh mengharap pertolongan Allah sahaja.
Berharap terjadinya keajaiban supaya aku boleh rasa selamat.

Aku hampir menangis, malah telah lama menangis dalam hati.
Hanya Allah yang boleh menolong aku.
Tak putus aku berdoa.

Dan tidak disangka-sangka, 
Dia datangkan pertolonganNya untuk menyelamatkan aku dari bahaya itu.
Seperti Tuhan telah memakbulkan doa aku.
Doa orang yang teraniaya.

Tuhan selamatkan aku.
Tuhan telah selamatkan aku.
Betapa aku sangat bersyukur.
Tuhan selamatkan aku.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. alhamdulillah.

Aku menangis terharu.
Sepanjang perjalanan pulang itu aku menangis.
kerana Tuhan masih sayangkan aku.
masih sayangkan aku.

Dan semasa entry ini ditulis pun,
air mata ini turun lagi.
kerana aku terlalu rasa bersyukur.

Ya Allah.
Kau telah selamatkan aku.

Alhamdulillah.





4 comments:

  1. ila knpa.apa yg berlaku,,amalkan ayat kursi dlm apa jua..insyaallah.apa yg kita lakukan akan mendapat pertolongan..dr ALLAH..BERHATI2.JGN BERSENDIRIAN..

    ReplyDelete
  2. kadang-kadang kita tak boleh nak duga apa yang jadi di hadapan, walaupun kita dah rasa selamat dan selesa. semuanya dari Allah.

    ReplyDelete
  3. majilll... kenape? xcite pon ritu..huhu

    ReplyDelete
  4. haha.nanti aku cerita..sadis wo..hahaha.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...