KALAU SUKA FOLLOW, KALAU TAK SUKA?ADER AKU KESAH!haha =)

Monday, July 29, 2013

Cerita dongeng.

Assalamualaikum.

Aku marah. kepada beberapa orang disekeliling aku. Namun, marah tu kadangkala tak terluah dibibir. Hanya mampu beriaksi dengan rasa meluat dan menyampah. 

Mereka kata bila aku dalam 'dunia' yang aku bina sendiri, aku banyak berangan.'ber-jiwa' katanya.  Rasa mahu gelak kuat-kuat bila dengar mereka kata begitu. Aku memang terkenal dengan masalah jiwa. Bercakap sorang-sorang itu perkara biasa. Inikan pula nak menangis dan bergelak ketawa dalam satu masa. Sudah biasa. kihkih. Bukan mereka tak tahu aku suka berhalusinasi??Haha.

Kadang watak yang tak pernah ada aku adakan, dalam mimpi serta khayalan sendiri. Sesaja, nak sedapkan hati. 

Satu hari seorang kawan datang kepada aku. Katanya, tolonglah, tolonglah kau jangan berdrama lagi. haha. Tolong cakap semua yang kau tulis itu sebenarnya semua pura-pura. Aku dah tak sanggup nak baca lagi. Kau penipu besar. Haha.

Kalau tak nak baca tak payah baca. Aku tak suruh pun kau baca. Dari sakit hati yang kau dapat, baik jangan percaya apa yang aku tulis, kerana biasalah aku kan suka berdrama.  

Ada orang kata, aku dulu berkawan dengan orang bunian?Kihkih. Mungkin itu penyebab aku sentiasa misteri. Misteri dengan dunia sendiri. Eh?

Janganlah buat-buat tak faham. Sebab memang kau takkan faham pun. Takkan faham sampai bila-bila.

Khayalan itu kadang-kadang mampu aku plot satu cerita. Cerita dongeng yang tak pernah wujud pun.

Nasiblah, kalau percaya.

Siapa suruh berhati suci sangat. Kemonlah, jahatlah sikit. 

5 comments:

  1. Ila..nie lawak..la...walapun sya..jauh.sejauhnya..tp sya..sentiasa..melawat blog ila..apa yg berlaku dlm khidupan.adalah satu..kekuatan dan belajar..ila jgn sedih..tau..kuat kan semangat sya tahu ila seorg tbh..maafkan..sya..krn masuk tak diundang..

    ReplyDelete
  2. hehe..tak ape lah..yang sudah-sudah jadikan sempadan. nak hari raya dah kan, bermaaf-maafan lah sesama kita.hikhik.terima kasih kerana abg man masih sudi menjenguk ke sini. :)

    ReplyDelete
  3. drama apa nie ek? nak gak tahu he..23x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, abg diam-diam aje lah eh...hahahaha :p

      Delete
  4. KAK ila mang lawak. and blog kak ila mang best !

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...