Assalamualaikum.
Bangun dari tidur pagi tadi terus rasa macam nak tulis entry pasal mimpi malam tadi.
Hahahaha.
Malam tadi, tak boleh tidur lena sangat. Asyik tersedar saja.
Tapi, banyak kali bermimpi.
Tersedar, tidur balik, mimpi.
Tersedar lagi, tidur, pastu mimpi lagi.
Sampai ke pagi.
Apa banyak benor aku mimpi malam tu.
Mimpi yang tak saling berkaitan pulak tu.
-..-
Mesti roh dah merewang-rewang entah ke mana-mana ni.
Hahaha.
ai, sibuk survey pelamin jugak ke?Hahaha.
Ok, lah. Mari tulis pasal mimpi.
1) Kak Nah (kakak aku yang ke ..... berapa entah. lupa :p), datang rumah cari batu sungai.
Katanya nak berubat penyakitnya.
[Sejak bila kakak aku ada penyakit?]
2) Rumah baru. Dua tingkat pula tu. Tingkat atas ada 3 bilik. Tingkat bawah, dalam mimpi tak bagitahu pula ada berapa. Haha.
Tingkat atas bilik mak, Hakeem dan Haziq kongsi bilik sekali (kenapa anak buah aku tersesat kat sini) dan bilik aku tapi ada kak Nah juga dan Ain. Haha.
Kak Nah nak tumpang masuk tandas tapi sekali bunyi petir dan kilat kuat sangat-sangat sampai atap rumah bergegar. Pastu Kak Nah terus tak jadi masuk tandas.
Hahaha.
[Apasal asyik ada Kak Nah saja dalam mimpi nie. Konpius aku]
3)Honeymoon. Aku pergi honeymoon bersama husband-to-be. Chewah! Haha.
Kat satu Pulau sambil naik perahu. Perahu?? Why perahu???Hahaha
Atau sebenarnya bukan Pulau? Haha. Ke sebenarnya aku mangsa banjir jer. Haha.
Selepas mendarat di Pulau tersebut, aku terlihat seorang perempuan cantik seksi pakai baju merah tengah berasmara. Haha. Tapi peliknya, dia berasmara dengan orang yang dah tak ada nyawa!
[Sah-sah terpengaruh dengan blog Oh!Tidak ni. Entry suaminya simpan mayat isteri sebab tak rela isterinya mati. Haha]
Lepas tu aku ke kafe dan nampak banyak mayat-mayat kat atas meja kafe.
Katanya, pulau tersebut telah terkena virus. Dan semua orang mati.
Jadi aku dan husband-to-be cepat-cepat melarikan diri supaya tak terkena virus tersebut.
Hahaha.
[Betapa tak boleh blahnya mimpi aku]
[Ni mesti sebab aku selalu tengok abang aku main game xbox Resident Evil ni. Semua orang kampung jadi zombi sebab terkena virus. Nasib baik dalam mimpi aku tak jadi hero main tembak-tembak zombi tersebut. Tembak kat kepala zombi tau baru mati. LOL. -..-]
[Ni mesti sebab aku selalu tengok abang aku main game xbox Resident Evil ni. Semua orang kampung jadi zombi sebab terkena virus. Nasib baik dalam mimpi aku tak jadi hero main tembak-tembak zombi tersebut. Tembak kat kepala zombi tau baru mati. LOL. -..-]
4)Gigi tercabut.Gigi taring aku tercabut.
Gigi geraham aku longgar dan hampir tercabut. Tapi tak tercabut lagi.
Orang kata kalau mimpi gigi tercabut ada kaitan dengan orang nak meninggal.
Dulu masa arwah ayah nak meninggal aku juga mimpi gigi depan aku tercabut. Lepas tu mimpi orang gali tanah.
Lepastu siap cakap kat mak lagi. Mak cakap kalau gigi depan mungkin ibu atau bapa yang akan meninggal.
Huhu. kebetulan. Tak sampai sebulan lepas tu, arwah ayah meninggal.
Kebetulan juga, abang aku juga mimpi orang gaji kubur sebelum arwah ayah meninggal.
Kebetulan. Jangan percaya. Khurafat.
Errr, tapi mak cakap kalau gigi taring yang tercabut, maknanya diri sendiri.
Alahai, ngeri pulak kite.
5) Ahh, lupa pulak yang ke lima apa. Heee. Tadi ingat masa nak taip ni lupa pulak.
Rasanya bunyi ayam berkokok. Ke ayam berkokok betul-betul? Haha.
Maklumlah dah pagi. Zzz
Itu sajalah mimpi-mimpi malam tadi. Hebat betul. Mimpi pukal pulak tu. Haha.
Tu belum aku cerita mimpi yang bersambung lagi tu.
Siap ada part 1, part 2 bagai.
Hahaha.
P/S: Jangan percaya pada mimpi. Mimpi sekadar mainan tidur semata-mata. Mimpi orang-orang yang soleh sahaja adalah petunjuk dari Allah. Mimpi orang macam aku ni memang tak boleh pakai.
Haha.
No comments:
Post a Comment